FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, April 23, 2012

PERSATUAN GEOGRAFI DI TG. BALAI...!

JUTAWAN DI TANJUNG BALAI...
Persatuan Geografi SMS Tengku Muhammad Faris Petra menganjurkan program belajar sambil melawat ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia pada 28 - 30 Mac 2012. Di Tanjung Balai, peserta menginap di Hotel Rasa Sayang dan antara pengisian program tersebut adalah seperti:-
  • Kunjungan ke SMA Negeri 1 Karimun 
  • Melawat Kompleks Pentadbiran Kabupaten Karimun
  • Melawat Kompleks Belia Perkasa
  • Melawat Masjid Agung Karimun
  • Mengunjungi Pantai Belawan dan Bako
Pada hari terakhir, ahli rombongan yang setengah-setengahnya sudah bergelar jutawan tidak melepaskan peluang  untuk membeli-belah di pusat jualan yang menawarkan pelbagai barangan yang murah dan menarik. Peserta rombongan juga sempat singgah di Bandaraya Bersejarah Melaka untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah di negeri Hang Tuah itu. Peluang menyusuri sungai Melaka dengan menaiki 'River Cruise' mendekatkan kami dengan kehidupan sebenar penduduk Melaka yang terkenal dengan 'Dondang Sayang' itu.






No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM