FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, March 23, 2011

ETIKA BERPAKAIAN KETIKA TEMU DUGA...!

PIKAT HATI PENEMU DUGA....!
Ketika menghadiri sesuatu temu duga, penampilan diri adalah amat penting kerana pandangan pertama penemu duga terhadap calon-calon temu duga amat besar pengaruh dalam pemberian markah. Untuk menghadiri temu duga, calon mestilah berpakaian kemas dari hujung rambut ke hujung kaki kerana semua itu dinilai oleh penemu duga.

KHUSUS UNTUK CALON LELAKI:-
  • Memakai baju kemeja lengan panjang yang berwarna cerah dan tidak bercorak.
  • Memakai seluar panjang / slack yang berwarna gelap.
  • Bertali leher yang sesuai dengan warna baju.
  • Pemakaian seluar jean dan t-shirt berleher bulat dilarang.
  • Kasut berwarna gelap dan bertumit serta memakai stokin.
  • Tali pingggang yang warnanya sama dengan kasut.
  • Hanya dibenarkan memakai jam tangan dan cincin tidak digalakkan.
  • Memakai rantai, gelang, anting-anting dan bertatoo  dilarang sama sekali.
KHUSUS UNTUK CALON WANITA:-
  • Memakai pakaian yang sepadan dan pemilihan warna yang sesuai dan tidak terlalu terang.
  • Pakaian tidak mencolok mata.
  • Tidak boleh berpakaian seperti lelaki.
  • Memakai kasut gelap dan bertumit.
  • Tidak boleh memakai aksesori secara berlebihan terutamanya barang kemas.
  • Solekan dan minyak wangi yang sesuai dan tidak berlebihan.
Jika anda mematuhi etika berpakaian seperti di atas, pasti anda berasa tenang dan penemu duga juga akan berasa senang dengan anda.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM