FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, April 25, 2011

RENUNGAN 2...!


HIDUP JANGAN BANGKRAP....!
Sesungguhnya hidup ini dikatakan bangkrap apabila kita hanya berjaya di dunia tetapi tidak di akhirat. Maksudnya kehidupan di dunia yang diberikan Allah dikatakan gagal apabila kita hanya berusaha untuk kejayaan di dunia tetapi tidak langsung berusaha untuk hari akhirat.

Cikgu ingin berpesan kepada diri cikgu, anak-anak dan Farisian sekalian, semasa kita sibuk mengejar keduniaan, jangan sesekali lupa akan Allah. Jagailah hubungan kita sesama manusia dan yang paling utama, jagailah hubungan kita dengan maha pencipta iaitu Allah s.w.t.

Kenangilah jasa kedua-dua orang tua, guru-guru dan rakan taulan. Pelajar sekalian sebenarnya sedang memikul amanah AGAMA, BANGSA, KELUARGA, dan DIRI untuk mencari seberapa banyak ilmu di serata pelosok dunia, Dan bawalah balik nanti untuk SEMUA.....!

Amin

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM