Cikgu dan keluarga...!
Assalamualaikum,
Hari ini Sabtu, 9 April 2011. Sudah 3 minggu agaknya 'FaRiS-PeTrA.com' berada di pasaran...! Sejak itu jugalah kehidupan cikgu semakin sibuk, walaupun sebelum ini pun memang sudah terlalu sibuk. Tapi, ... tak apa, apabila mengetahui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh anak Farisian sekalian, semua rasa penat hilang begitu sahaja. Cikgu akan cuba menjadikan blog ini sebagai platform yang terbaik untuk warga Farisian merapatkan silaturahim dan pada waktu yang sama, kita dapat berbincang tentang kehebatan bekas-bekas pelajar Faris Petra dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.
Untuk lebih memudahkan cikgu memperoleh berita-berita terkini tentang diri pelajar sekalian, cikgu mengharapkan agar dapat kiranya pelajar meninggalkan jejak anda di FB cikgu...! Insya-Allah, cikgu akan mengemaskinikan segala berita terbaru itu secepat mungkin. Antara berita yang boleh dikongsikan adalah seperti:-
- Apa-apa kejayaan cemerlang yang dicapai,
- Tempat menarik yang dikunjungi,
- Aktiviti sosial yang menarik,
- Khabar keluarga, jika sudah berkeluarga,
- Berita perkahwinan dan lain-lain yang boleh dikongsikan bersama-sama.
Sebenarnya, anak-anak pelajar serta guru-guru di Faris Petra sekarang, amat seronok dan teruja apabila dapat mengetahui perkembangan bekas-bekas pelajar Farisian yang berada di setiap pelosok dunia.
Semoga kita semua berjaya dalam setiap perkara yang diceburi dan yang paling penting, semoga kita sentiasa mendapat petunjuk daripada-Nya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment