CATATAN PERJALANAN – Istanbul, Turki [ SIRI PERTAMA]
Alhamdulillah, semasa Winter Break 2010, saya dan beberapa orang kawan telah diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi kota Istanbul, Turki. Adalah sikit duit simpanan dari tabung untuk digunakan sepanjang penjelajahan ini. Perbelanjaan tidaklah banyak sangat. Lebih kurang 500 euro (1euro=RM4.20) sahaja termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan buah tangan.
Turki merupakan Negara Islam kedua yang aku jejaki, selepas Indonesia, setelah 3 tahun berada di perantauan. Oh ya… sedikit sejarah mengenai Turki. Amatlah penting untuk kita mengkaji sejarah sesebuah Negara itu sebelum menjejakinya, bagi mengelakkan terjadinya sindrom ‘bagai rusa masuk kampung’.
99% penduduk Turki adalah Muslim (fuyyo!). Tapi, jangan anggap semuanya mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Boleh dikatakan hanya 30% sahaja yang mengamalkan Islam sepenuhnya, berdasarkan pemerhatianku semasa solat berjemaah setiap waktu di masjid.
Turki, atau dalam dalam bahasa tempatannya, Turkiye adalah satu2nya Negara di dunia ini yang terletak di pertemuan dua buah benua, iaitu Asia dan Eropah. Ha.. saper yang masih blur2 tu, ingat Geografi yang diajar oleh Puan Faezah. Di Negara inilah lahirnya beberapa tamadun besar di dunia seperti Byzantine dan Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh kedudukannya, maka kebudayaan masyarakat Turki agak unik kerana dipengaruhi oleh budaya Timur dan Barat. Lebih kurang krisis identity la..hahaha.
Ok la..mungkin korang malas nak baca panjang2 kan..jadi, di sini ingin diringkaskan serba-sedikit mengenai Turki.
Bahasa: Turkish. Jarang yang dapat berbahasa Inggeris. Susah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Jadi, bersiap-sedialah untuk berhadapan pengalaman seperti ‘ayam cakap dengan itik’.
Mata wang: 1 Lira = RM2.oo
Ringkasan sejarah: dikenali sebagai Constantinople, ibu kota Empayar Rome Timur. Kemudian dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Cukuplah setakat itu pengenalan ringkas mengenai Turki. Jom kita sama2 menyelunsuri keunikan kota Istanbul ini. Kami tiba di Istanbul melalui jalan udara, dan mengambil masa selama 3 jam dari lapangan terbang London Luton.
SIRI PERTAMA = Masjid Sultan Ahmed Al-Fatih, Basilica Cistern, Hagia Sophia, Grand Bazaar, Istanbul University, Masjid & Makam Sultan Suleyman, Galata Tower, Hippodrome
SIRI KEDUA (insya-Allah akan menyusul kemudian memandangkan penulis mempunyai kekangan masa)= Bosphorus Tour, Topkapi Palace, Spice Bazaar, Aqueduct, Fateh Mosque & Tomb, Dolmabahce Palace, Taksim Square, Kadikoy town.
1 comment:
bestnya,...:)
Post a Comment