Faris Petra sememang menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman, antara guru dengan pelajar. Yang pasti Faris Petra masih, sedang dan telah melahirkan ribuan manusia yang cemerlang. Kini bertebaran di serata pelosok dunia. Ayuh, sumbanglah kepakaranmu untuk dunia...!
NAMUN di samping kerja mulia kita itu, kita jangan lupa Faris Petra juga menjadi gelanggang menyimpul kasih dan sayang antara dua insan yang bergelar lelaki dan perempuan. Ramai antara warga Farisian ditemukan jodoh sesama kita. Allah maha besar! Pada kesempatan kali ini cikgu akan memperkatakan jodoh pertemuan dalam kalangan guru Farisian. Tahukah siapakah guru-guru Farisian yang bertemu jodoh di Faris Petra??
Cikgu Muhammad Daud dengan Ustazah Noraziah Khalid. Pasangan guru Bahasa Melayu dengan guru Pendidikan Islam ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Ogos 1996. Kini kebahagiaan mereka dijelmakan dengan kelahiran 5 orang cahaya mata.
Alhamdulillah...
1 comment:
wah!!! hehe,,,
Post a Comment