FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, August 8, 2011

BAHASA SULIT ASRAMA...!


KAJIAN SLANGA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(Satu Kajian di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra)


Definisi:
Slanga ialah bahasa yang dipertuturkan oleh satu kelompok masyarakat yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja.

Tujuan Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk melihat keragaman bahasa yang digunakan oleh para pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang melalui kehidupan yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Mereka berada di asrama selama 24 jam sehari yang sudah pasti dapat membentuk kelompok mereka tersendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengaitkan perkataan yang digunakan dengan maksud sebenar perkataan tersebut dan apakah hubung kaitnya. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mencari sebab-sebab mereka menggunakan slanga dalam kehidupan seharian mereka.

Respondan:
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 30 orang pelajar iaitu 5 orang bagi setiap kelas di Tingkatan 5 yang merangkumi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Hasil Kajian:
(i)Penggunaan slanga dan maksudnya.

Bil
Slanga
Maksud Sebenar
1
Ngisi
Denda
2
Bbunga
Dating
3
Mapuh
Tidur
4
Ngepok
Mencuri
5
Karek
Merokok
6
Relay
Merokok
7
Bedil
Mencuri
8
So’oh
Buncit
9
Bero
Marah
10
Jimat
Kedekut
11
Pejabat
Tandas tempat merokok
12
Ngepau
Mencuri
13
Cilok
Selekeh
14
Mencampak
Pelik dalam sesuatu kelompok
15
Ngecing
Menipu
16
Kemas
Bagus
17
Cipop
Berjerawat

18
Syiwo
Jiwang
19
Ngopi
Meniru
20
Bajet Lawa
Perasan lawa
21
Cisuk
Busuk
22
Mama
Warden perempuan
23
Spot Light
Mata luas
24
Kerengga
Punggung tonggek
25
Spongebob
Suara nyaring
26
Ciles
Lesbian
27
Liteyo
Busy body
28
Sipon
Pondan
29
Set Megang
Gangster
30
Ngotok
Marah
31
Berasap
Marah
32
Fly
Lompat pagar keluar dari asrama
33
Rong
Rongak
34
Rambut bom
Rambut mengerbang
35
Spike
Rambut tercacak
36
Potek
Tahi lalat
37
Penyu
Orang Terengganu
38
Tenggiling
Handphone
39
Tahap Bos
Amat sangat (contoh: benci tahap bos)
40
Sumbat
Orang tidak betul/ sewel
41
Lipat
Makan kawan
42
4 X 4
Merokok sebatang untuk 4 orang
43
Toyol
Bawa nota dalam dewan peperiksaan
44
Jump
Lompat pagar untuk keluar dari asrama
45
Mucat
Gementar
46
Hantu
Spy guru
47
Terak
Menggelecek
48
Petak
Ber’SMS’
49
Settal
Menyelesaikan pergaduhan
50
Gelek
Pemetik api
51
Tino Comel
Bapuk
52
Seret
Punggung besar
53
Sakok
Buah dada besar
54
Sambung
Melakukan pendawaian haram
55
Gulung
Rokok daun
56
Berasap
Merokok
57
Mentol
Rokok bermenthol (contoh: Salem)
58
Toko
Benda bulat
59
Cela
Celaka
60
Ngekkong
Meniru
61
Sekor
Duduk seorang diri
62
Karipap
Gred D dalam peperiksaan
63
Kandok
Terlalu inginkan sesuatu


Oleh:
Cikgu Muhammad bin Daud

ANUGERAH CEMERLANG PADA 25 OGOS...!

Pada hujung bulan Ogos ini akan berlangsung satu lagi majlis rasmi yang penting kepada warga Farisian iaitu Majlis Anugerah Cemerlang ke-36 dan juga Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35. Majlis Anugerah Cemerlang pada kali ini akan menggabungkan semula penganugerahan akademik dan kokurikulum yang sebelum ini diadakan secara berasingan.

  • Perkara: Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG
  • Tempat: Dewan Gemilang
  • Tarikh: 25 Ogos 2011

SALAM DARI KOLEJ SAINS KESIHATAN...!




Halimi Muhammad Rusli
Faris Petra: 1999 - 2003
Kolej Matrikulasi Melaka: 2004
USM Kubang Kerian: 2005 - B.H. Sc (Medical Radiation)
USM Penang: 2009 - M.Sc
2010: Pensyarah di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
          Kementerian Kesihatan Malaysia,
          Sungai Buloh, Selangor.

Saturday, August 6, 2011

SALAM DARI SAITAMA...!





Nabila Mohamad dan Nur Syafika
Faris Petra: 2002 - 2006
Japanese Associate Degree Program, Unisel: 2007 - 2010
Shibaura Institute of Technology: 2011 - 2012
Menetap di Saitama-Shi, Saitama, Jepun.

"kami nak sangat pulang beraya tapi sibuk dengan research.
selamat berbuka puasa cikgu.kami rindu nasi bungkus kak ze
 :)"

PERHIMPUNAN PERTAMA DENGAN PENGETUA BARU...!

Patah tumbuh hilang berganti. Perpindahan KJ segera diisi. Majlis rasmi pertama bersama-sama Pengetua baru Faris Petra berlangsung pada 25 Julai 2011 iaitu pada majlis rasmi Perhimpunan Mingguan yang berlangsung di Dewan Gemilang. Pada majlis tersebut,Tuan Pengetua baru iaitu Tuan Hj. Shaffie bin Awang dipersembahkan tayangan video yang 'hebat' sebagai gimik sempena pertukaran beliau ke Faris Petra.

Tuan Hj. Shaffie sebelum ini bertugas sebagai Pengetua di SMK Long Ghafar, selama hampir 7 bulan dan beliau sebenarnya baru sahaja balik bertugas di Kelantan setelah 17 tahun menjadi pengetua  beberapa buah sekolah di Terengganu.
Pada majlis itu juga Tuan Pengetua mengumumkan bahawa Faris Petra telah menggondol 6 piala sempena Majlis Anugerah kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2010 bertempat di Hotel Grand Riverview. 
Tuan Pengetua diapit Ustaz Mukhatar dan Mat Tajab..
Tuan Pengetua dipersembahkan kotak rahsia oleh saudara Najmi...
Tuan Pengetua mempamerkan mesej....
Ucapan bersemangat Tuan Pengetua baru....!

Thursday, August 4, 2011

NASIB JURUFOTO...!

Nasib jurufoto macam cikgu biasanya semua orang tahu...? Jarang-jaranglah muka cikgu masuk gambar...! Tapi sekarang ini lain sikit, cikgu ada jurufoto junior yang berbakat iaitu saudara Amzar Zafran (4 Beta). Jadi ada jugalah gambar-gambar cikgu yang boleh dijadikan kenangan nanti. Cuba lihat aksi cikgu dan cikgu Ghazi semasa majlis 'High Table' sempena perpisahan KJ...
Renungan warga emas 50 tahun...!

Wednesday, August 3, 2011

WALIMATUL URUS USTAZ HIM...!

Barangkali kerana kerap melihat foto persandingan bekas-bekas pelajar Faris Petra di blog cikgu ini menyebabkan Ustaz Him dan pasangannya pun iri hati...! Mereka pun nak tumpang sekaki juga. Maaf.... cikgu gurau saja....!!! Kepada Farisian yang tidak berkesempatan ke majlis pernikahan 'Keluarga Farisian' Ustaz dan Cikgu Zahariah itu, cikgu sertakan 3 keping foto yang boleh menceritakan keadaannya....!!!


FARIS PETRA GONDOL 6 ANUGERAH NEGERI...!

Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2010 telah berlangsung pada 31 Julai 2011, bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Majlis bersejarah ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai jasa dan sumbangan pihak sekolah dan guru-guru dalam menjayakan agenda pendidikan negara sepanjang tahun 2010 sehingga menampakkan keberhasilan yang cemerlang dan gemilang di peringkat negeri dan kebangsaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Haji Zahri Bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seperti biasa Faris Petra menjadi tumpuan umum kerana mempamerkan kecemerlangan tertinggi sehingga berjaya menggondol enam anugerah berperstij di majlis tersebut. Antara anugerah yang digondol oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra ialah:-
  • Anugerah Khas Jabatan Kecemerlangan Panitia dan Kecemerlangan Individu SPM 2010
  1. Matematik (Top Malaysia)
  2. Matematik Tambahan (Top Malaysia)
  • Johan Anugerah Sekolah Lonjakan Peratus Kecemerlangan "Straight A's" SPM
  • Johan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam GPS -NKRA
  1. Johan Peperiksaan PMR 2010
  2. Johan Peperiksaan SPM 2010
  • Johan Anugerah Khas NKRA Band 1

Monday, August 1, 2011

CIKGU DULU-DULU...!


Ini foto cikgu dan kawan-kawan ketika menuntut di MPKB, kini IPGKKB. Jika tak silap foto ini sempena penggambaran Badan Penerbitan pada 1982...!
Cuba teka, yang mana foto cikgu? Siapa betul dapat hadiah....!

SALAM DARI CARDIFF...!




Salam hormat Cikgu. 
Maaf terlambat.. seperti yang dijanjikan.. ini adalah profile saya. Sedikit sebanyak tentang saya :)

Nama : Awanis Bt Romli
SMSTMFP : 1991-1995
Universiti Teknologi Malaysia : Degree 1996-2000
: Master 2003-2005
Cardiff University, UK : PhD 1/10/2011 - 30/09/2014 (Insya-Allah)
Bekerja sebagai Pensyarah di Universiti Malaysia Pahang

Cikgu, ada apa-apa yang perlu ditambah ke?
Terima kasih.



Cikgu: Tumpang bangga kerana kejayaan awak...!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM