FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, October 20, 2012

NANGKA BUSUK JUARA PIALA MALAYSIA...!

Kelantan atau lebih tepat lagi The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia edisi 2012 mengalahkan ATM dengan jaringan 3 - 2. Dua gol jaringan Mat Yo dan satu lagi daripada Indra memadamkan mimpi indah Sathia dan pemain-pemain ATM yang kononnya ingin menggenggam piala, tetapi belum cukup pengalaman dan ilmu di dada. Komen oleh jurulatih ATM selepas perlawanan tamat menggambarkan kedangkalannya dalam ilmu bola sepak. Dengan nada yang penuh emosi mengatakan pemain Kelantan bagai nangka buruk yang sering gugur kerana tercedera.
Beginilah Sathia, kalau nangka buruk boleh menang, macam manalah pasukan yang kalah pula. Mungkin telur busuk kena baling kot....
Tahun 2012 ini Kelantan telah membawa kesemua piala bola sepak Malaysia ke Negeri Serendah Sekebun Bunga. Piala tersebut ialah:-
  • PIALA LIGA SUPER
  • PIALA FA
  • PIALA MALAYSIA

1 comment:

Nik said...

ALHAMDULILLAH..kelate menang.
kalau dah kalah apa2 pun blh di kata.biarkan saje..hehe

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM