Hasmadi Ismail
Faris Petra: 1989 - 1993
Kerjaya: Maxis Mobile
2012 – Bertemu saya dan Cikgu Azemi di MukaBuku. Cikgu Azemi meminta saya menceritakan kembali tentang hidup saya untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar Faris-Petra.
1989-1993 adalah suatu tempoh yang tidak lama. Jumlah tempoh 5 tahun itu sebenarnya kurang 15% daripada jumlah keseluruhan kehidupan saya sekarang. Tetapi, kesannya yang amat mendalam mempengaruhi hampir seluruh kehidupan saya sehingga ke hari ini. Itulah hakikatnya kehidupan yang pernah saya lalui sebagai seorang pelajar di Faris-Petra
Di bawah adalah garis masa yang menceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya untuk tatapan rakan-rakan
Nama : Hasmadi Ismail
Lahir : 03-Sep-1976, di Tanah Merah, Kelantan
an : Po’ Mad (panjang ceritanya kenapa Po’ Mad)
1989-1993 (1Gamma, 2Gamma, 3Gamma, 4Delta & 5Delta)
1989-1990 - bermulalah cerita di Faris-Petra
• Daftar masuk tingkatan 1
o Jumpa lagi abang Zamzuri Kadzim, senior hoki saya di sekolah rendah dahulu (beliau tingkatan 5 pada ketika itu di Faris-Petra)
• Saya tidak pasti 1989 atau 1990, cikgu Md. Nor akan meninggalkan Faris-Petra untuk melanjutkan pembelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi
o Semua pemain-pemain hoki bersedih. Apakah nasib kecemerlangan hoki Faris-Petra akan berakhir di situ
Cikgu M. Azemi Zawawi
o Sepeninggalan “the lengendary” cikgu Md. Nor (bagi pemain-pemain hoki senior Faris-Petra)”, siapakah yang akan mampu dan layak untuk menggantikan beliau?
o Saya masih ingat lagi, Cikgu Azemi (sebagai cikgu baru sekolah pada ketika itu) memanggil pemain-pemain hoki sekolah untuk mesyuarat tergempar
o Kita saling memandang satu sama lain, “siapakah cikgu baru kita ini?”
o Kata-kata cikgu Azemi semasa mesyuarat tersebut yang tidak pernah saya lupakan sehingga ke hari ini ialah “nama saya Azemi, orang panggil saya “Azemi Singh” – kita tahu “this is a hockey player, we’ll see”
Patah tumbuh, hilang berganti
o Siapa sangka, lagenda yang baru telah muncul, cikgu Azemi lah yang membawa hoki Faris-Petra lebih jauh ke persada hoki negara
o Faris-Petra sememangnya diRahmati dengan guru-guru hoki yang berwibawa
o Terima Kasih Cikgu, jasamu tidak terbalas dan tetap kami kenang sehingga ke akhir hayat
o Banyak lagi pencapaian cikgu Azemi yang tidak saya nyatakan sebelum dan selepas ini kerana ruangan ini adalah untuk cerita tentang saya Tetapi setiap pencapaian cemerlang saya yang akan dikongsikan di bawah ini, Cikgu Azemi lah di belakang tirai yang tidak jemu-jemu mengemudi, membentuk, melatih dan menasihat kami disetiap liku-liku perjalanan
1991 (Tingkatan 3)
• Faris-Petra – Johan Hoki Negeri Kelantan bawah 15 tahun
• Faris-Petra - Johan Hoki bawah 15 tahun (Kejohanan hoki 6 sebelah - di Pesta Hoki Pulau Pinang)
• Faris-Petra Johan bukan hampir malah semua kejohanan peringkat negeri bawah 15 tahun
• Saya mewakili Hoki Negeri bawah 15 tahun – Kelantan Johan MSSM
aya menangis ketika itu minta diberi peluang untuk bermain kerana saya hanyalah diberi tugas sebagai pemanas bangku simpanan sepanjang kejohanan. Lebih-lebih lagi kejohanan itu dianjurkan di Kota Bharu (tetapi saya tidak berputus asa)
1992 (Tingkatan 4)
• Saya terpilih mewakili negeri Kelantan bawah 21 tahun – Kejohanan Hoki bawah 21 tahun peringkat kebangsaan
• Wakil Kelantan – Piala Hoki Tun Abdul Razak (Razak Cup)
• Faris-Petra – Johan hoki bukan hampir malah semua kejohanan bawah 18 tahun peringkat negeri
1993 (Tingkatan 5)
• Ketua Pengakap Laut Kumpulan 81 Kota Bharu
• Ketua Rumah Hamid (Biru)
o Pengalaman manis 1: Ketika dipilih sebagai ketua rumah, saya tiada di sekolah semasa mesyuarat pemilihan kerana berada di Pulau Pinang untuk kejohanan Pesta Hoki 6 sebelah, USM – ketua rumah dipilih secara undian mengikut majoriti undi yang paling banyak
o Pengalaman manis 2: Rumah Hamid Johan keseluruhan hari sukan sekolah dan Johan hiasan pintu gerbang rumah yang menjadi tradisi Faris-Petra di mana Rumah Hamid tidak pernah menang kedua-dua kategori dari saya tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 4
• Faris-Petra - Johan Hoki bawah 18 tahun Kelantan
• Faris-Petra – Johan hoki bukan hampir malah semua kejohanan bawah 18 tahun peringkat negeri
• Faris-Petra mewakili negeri dalam Kejohanan Juara Sekolah-Sekolah (Champion School) – Cikgu, saya nak tanya, Juara Sekolah-Sekolah ke? Juara-Juara Sekolah? – Nanti Cikgu Azemi tolong jawabkan
• Ketua pasukan hoki negeri Kelantan bawah 18 tahun – Johan MSSM
o Dianugerahkan “Man of the Match” – kerana menyumbangkan 2 gol dalam pukulan sudut penalti memintas mata yang didahului Johor dalam perlawanan akhir
o Allahyarham Cikgu Zahidi Baki (juga pengurus pasukan hoki Faris-Petra pada ketka itu) mengmumkan dan menggelar saya “the skipper” dalam majlis penyampaian hadiah semasa perhimpunan mingguan sekolah (rindu la pulak dewan perhimpunan sekolah)
1994 – Setelah Tamat Persekolahan – (umur: 18 tahun)
• “Champion School Tournament” pada tahun 1993, rupa-rupanya ada kelab gergasi hoki negara sedang mengintai pemain baru untuk diambil sebagai pemain hoki semi-pro di kelab masing-masing
• Hanya seorang sahaja yang terpilih sebenarnya, saudara Fadhil Haidzir Anuar (anak kelahiran Temerloh, Pahang) yang merupakan “the biggest star” pada masa itu
• Peranan cikgu Azemi sekali lagi mengubah nasib dan peluang hidup kami, cikgu Azemi bersetuju melepaskan anak didiknya tetapi bersyarat. “Kalau nak ambil Fadhil, kena ambil Salmi dan Hasmadi sekali”, mereka akhirnya bersetuju
• Kelab gergasi hoki yang dimaksudkan ialah YNS (Yayasan Negeri Sembilan) yang merupakan kelab hoki yang terkenal pada masa itu. YNS pada mulanya ingin memancing seorang pemain “import” dari Pakistan, Shahbaz Ahmad (beliau adalah lagenda hoki dunia yang dikira sebagai Maradona dalam sukan hoki). Malangnya harga yang diminta oleh pengurus beliau terlalu tinggi mencecah puluhan ribu dolar Amerika seminggu menyebabkan YNS mencari jalan yang lebih bijaksana iaitu mengambil pemain-pemain muda negara, asah bakat mereka supaya menjadi yang terbaik. Baik untuk kelab mereka, baik untuk suka hoki negara kerana pemain-pemain inilah yang bakal mewakili negara kelak.
• Pemain-pemain yang terpilih adalah di kalangan sekolah-sekolah yang cemerlang dalam bidan hoki di seluruh negara. Di antara pemain-pemain muda yang terpilih untuk mewakili kelab YNS pada ketika itu ialah:
o 01) Hasmadi Ismail (Faris-Petra)
o 02) Fadhil Haidzir Anuar (Faris-Petra)
o 03) M. Salmi Rosli (Faris-Petra)
o 04) M. Kaliswaren (Anderson, Ipoh, Perak)
o 05) Nur Azlin Fairuz (SERATAS, Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Perak)
o 06) Sivadass Naidu (SMS Johor, Kluang)
o 07) Sivanantha Prasad (SMS Johor, Kluang)
o 08) Lau Kok Chim (SMS Johor, Kluang)
o 09) Nor Azlan Bakar “Lan Janggut” (Malacca High School)
o 10) S. Kuhan (TBSS, Tunku Besar Secondary School, NS)
o 11) T. Chitti Babu (Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong)
• Jurulatih kelab YNS Stephen Van Huzen (bekas jurulatih negara) dan diantara pemain-pemain senior yang mewakili YNS pada ketika itu ialah:
o 01) Sarjit Singh A.M.N (Kapten Malaysia, Olimpik Barcelona 1992)
o 02) Mirnawan Nawawi A.M.N (1st Eleven – Asian Dream Team)
o 03) K. Embaraj A.M.N (Pakar pukulan sudut penalti negara)
o 04) K. Dharmaraj (Pemain Negara)
o 05) S. Suriagandhi (Pemain Negara)
o 06) Manindeerjit Singh (Pemain Negara)
o 07) Soon Mustapha (Pemain Negara)
o 08) Lee Seng Hock (Pemain Negara)
o 09) Eric Zacharias (bekas Pemain Negara)
o 10) Dr Brian Jayhan Siva (Pemain Negara)
o 11) Dr Kelvin Fernandez (Pemain Negara)
o Nota: Nama-nama di atas tidak mengikut susunan asal dan mungkin ada yang tersilap. Sila rujuk “archive” YNS
• Ketua Pasukan Kelantan bawah 18 tahun MSSM - Kelantan Juara
o Saya masih lagi layak untuk mewakili negeri Kelantan dalam kejohanan Hoki MSSM bawah 18 tahun di Kota Bharu meskipun sudah berhijrah ke kelab YNS pada tahun yang sama
• Ketua Pasukan Malaysia bawah 18 tahun
o Mewakili Negara pada pertandingan “Asian International School” bawah 18 tahun di Chandigarh, India – Semi Final
o Adnan Meli dan Afandi Ibrahim dari Faris-Petra juga bersama mewakili Negara pada ketika ini
1995 – umur: 19 tahun
• Mewakili Negara ke Sukan SEA di ChiangMai, Thailand – Pingat Emas
o Sudah lama benar niat terbuku di hati saya untuk menghadiahkan pingat emas sukan SEA kepada sekolah kita – Insya’Allah sekiranya diberi peluang suatu hari nanti bila pulang ke Kelantan
• Ketua Pasukan Kelantan ke SUKMA di Ipoh, Perak
1996 – umur: 20 tahun
• Mewakili Negara ke kelayakkan Piala Dunia Remaja di Singapura
• YNS – tahun terakhir, kontrak tamat dengan kelab YNS
1997 – umur: 21 tahun
• Mewakili Negara ke “Arafura Games” di Darwin, Australia (tempat ke-2)
• Liga Hoki Kebangsaan – Kontrak bersama kelab De’TAS (De’ Tengku Ahmad Shah), Pahang
1998
• Bersara mewakili negara dalam bidang hoki pada umur 21 tahun (bersara di peringkat antarabangsa)
• Masih aktif, cuma dalam peringkat kebangsaan
• Mula mencari kerjaya
1999
• Memulakan kerjaya – syarikat: Maxis Berhad pada tanggal 15-Mac-1999
Komen penulis:
Luahan hati saudara Hasmadi Ismail ini tanpa dibuat penambahbaikan oleh cikgu.
No comments:
Post a Comment