GAGAL JUARA KERANA PUKULAN PENALTI..
Kejohanan Hoki B18 Lelaki MSSD Kota Bharu 2012 yang berlangsung 19 - 20 Januari 2012 menyaksikan keputusan-keputusan perlawanan banyak ditentukan oleh penentuan pukulan penalti. Faris Petra layak ke peringkat akhir juga terpaksa menempuhi 2 sesi penentuan pukulan penalti iaitu di peringkat suku akhir dan di separuh akhir. Di perikgkat akhir pun, sekali lagi juara ditentukan oleh penentuan pukulan penalti. Dan di peringkat akhir ini, Faris Petra terpaksa tunduk kepada Maktab Sultan Ismail dengan agregat 1 - 2.
Keputusan penuh perlawanan (melibatkan Faris Petra):-
- Faris Petra Vs SMK Kok Lanas B: 5 - 0
- Faris Petra Vs Maktab Sultan Ismail B: 0 - 1
- Faris Petra Vs SMK Kota B: 6 - 0
- Faris Petra Vs SM. Putera: 1 - 0 (Penentuan penalti)
- Faris Petra Vs SMK. Kok Lanas A: 3 - 1 (Penentuan penalti)
- Faris Petra Vs Maktab Sultan Ismail B: 1 - 2 (Penentuan penalti)
No comments:
Post a Comment