FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, May 17, 2011

CETUSAN HATI BEKAS PELAJAR...!

UCAPAN SEMPENA HARI GURU
Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' muallaf masa aku darjah tiga di Sekolah Rendah Tengku Mahmud. Hari-hari dok baginya homework matematik sampai 10,20 pages. Hari hari okkey. Dah macam aku amik course matematik je time tu, subjek BM, BI tolak tepi luh semata-mata nak siapkan homework beliau. Kalau idak, siap bernanah telinga kena zikir kat telingan kiri. Biasanya telinga kanan akan kuar balik zikir-zikir tu...

Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' yang pernah denda aku ngan sorang lagi membe aku masa perhimpunan kat Sekolah Rendah Tengku Mahmud, tahun 1994..aku lupa nama beliau, tapi masih terbayang-bayang raut wajah beliau. Aku & gang, berdiri sebelah kaki sebelah tiang bendara, 30minit gak kot exercise camtu. depan-depan murid-murid lain..ada sorang awek tu siap kenyit mata, sambil mulutnya cam nak cakap 'muaxx2'..cikgu tu rilex je menjeling setiap masa...

Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' yang suh aku lari 20 round padang hoki SMS Tg Muhammad Faris Petra, setiap petang ok. Bukan salah aku pon, beliau cakap, kena warming up dulu sebelum main basketball. Kalau tahu gaya gini warming up, baik saya join team batu seremban atau debat bahasa omputih kat HKSBP tu. Tapi nak gak say sorry, sebab kadang-kadang saya lari 4,5 round je, anak-anak buah yang lari 20 round tu, senior kena pandai ngelat kan kalo nak hidup...pastu buat-buat penat, telan air sirap amik kat dining hall 2,3 gelas...

Kalau boleh, aku nak sangat jumpa 'cikgu' yang kantoikan surat dari pihak pengurusan Siti Nordiana untuk aku. Penat saya berusaha nak join fun club Siti Nordiana, patut la saya tunggu reply daripada diorang, tak sampai-sampai. Seb baik saya ada simpan kaset 'Cinta Hanya Sandaran', leh gak mentelaah masa prep malam kat bilik prefect sambil dengar walkman lagu tu. Kaset tu je mampu saya selamatkan masa spotcheck kat hostel..tapi takpe, sebab skang saya dah join fan club Lisa Surihani, lagi terbaik kot...

Kalau boleh, nak jumpa 'cikgu' yang kantoikan kitorang lompat pagar. Biasalah, first time lompat pagar, elok je landing atas tanah, bangun-bangun je ada orang tanya " Sek mung wat gapo nih? ", kantoi sudeh..aku lupa jawapan yang kami jawab. tapi yang aku ingat, masa tu cuti sekolah kot, kitorang stay kat sekolah sebab nak siapkan projek majalah sekolah..sesaja nak try feel lompat pagar..seb baik tak tersebar hotnews, 'pengawas fly, berigat dengan pengetuo '...

............kalau boleh, aku nak jumpa cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku secara langsung & tidak langsung sebab aku nak wish, " Happy Teacher's Day "..
From J.M.R

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM