FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, September 13, 2012

KEM MUNTAZ PAI 2012...!

KEM MUNTAZ PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012
TARIKH: 12 - 16 SEPTEMBER 2012
TEMPAT: DEWAN MAHADZIR HASHIM

Wednesday, September 12, 2012

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN TERKINI...!

Kedudukan mata terkini 12 September 2012 rumah-rumah sukan selepas melalui acara saringan dan beberapa acara akhir KOT 2012 adalah seperti di bawah:-
  1. MAHATHIR - 365 mata
  2. RAZAK - 338 mata
  3. RAHMAN - 306 mata
  4. HUSSIEN - 272 mata
Keputusan muktamad KOT 2012 akan ditentukan setelah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan ke-37 (2012) yang akan berlangsung pada pagi 15 September 2012.


Sekian, harap maklum.

HAK MILIK KEKAL...!


Ini satu lagi nostalgia yang tak dapat cikgu lupakan...
Cikgu bergambar bersama-sama pemain hoki Faris Petra 1991. Duduk di kanan ialah pengurus pasukan yang cikgu sayangi iaitu Allahyarham Sir Zahidi Baki Abd Rahman. 
Yang menjadi nostalgianya ialah... piala yang tinggi Itu (macam piala pertandingan suara burung), merupakan Piala Kejohanan Hoki Terbuka 6 sebelah anjuran Persekutuan Hoki Kelantan. Seingat cikgu, piala itu sebelum ini belum pernah dimenangi oleh sekolah Faris, maklumlah penyertaan pasukan yang bertandingnya terbuka kepada semua peringkat umur, sama ada pasukan dari ATM, Polis, USM, Maktab, Kelab Kg. Baru Pasir Mas dan lain-lain. Tapi bermula tahun 1991, kita berjaya muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu Kelab Hoki Kg. Baru, P. Mas yang pada masa itu mempunyai pemain kebangsaan 'Nago'. Faris Petra telah memenangi piala tersebut tiga tahun berturut-turut (1991 - 1993) dan piala tersebut secara automatik menjadi hak milik kita untuk selama-lamanya.

MEMORI INDAH HOKI...!


Himpunan pemain legenda hoki SMS Tg. Muhammad Faris Petra.
Cikgu sebagai jurulatih pasukan bukan berseorangan menemani pemain, malah Tuan Pengetua, Dato' Hj. Shafie, PK1, PK Ko, pengurus pasukan dan Cikgu Hamid (warden) sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan.... contoh terbaik untuk memastikan kecemerlangan sukan....!!!
Seingat Cikgu, ketika ini kita menjuarai Kejohanan Hoki Juara-Juara Sekolah peringkat negeri dan berjaya mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. tahun 199...? cikgu kurang pasti...
Nama-nama pemain yang masih cikgu ingat ialah.... Belakang...tiga dari kiri ialah Nik Isymayuddin, Zul, Fadhil, kemudian gol keeper lupa?  ... Syed Mohd Agong, Salmi...
Duduk dari kiri ialah Zaharuddin, ...? Syahmi, Saiful, Nazan, Azmi....? dan Shahrum Ganu...

Yang lain-lain tu cikgu ingat jugak....rupa tapi nama ???
* Seingat cikgu, team ini muncul sebagai juara negeri bagi setiap kejohanan sama ada peringkat MSSK malahan juga kejohanan terbuka anjuran PHK

* Kamu semua kebanggaan cikgu.

PROGRAM KEM AKADEMIK SPM 2012...!

PROGRAM KEM AKADEMIK PERFECT SCORE
KECEMERLANGAN SPM 2012
MATA PELAJARAN TERAS


  • TARIKH: 20 - 22 September 2012
  • Tempat: Aura Training Centre, Bachok, Kelantan.

BERSAMA ALUMNI HOKI DI KL...!


ATUR CARA PROGRAM BERSAMA ALUMNI HOKI FARIS PETRA

14 SEPTEMBER 2012:-
  • Rombongan Kelab Hoki SMS Tg. Muhd Faris Petra bertolak ke Kuala Lumpur.
  • Menginap di SMAP Kajang.
  • Menyaksikan perlawanan Liga Hoki Nasional antara TNB vs KLHC ( 8.00 malam ) - Std. Hoki 2 Bukit Jalil.
  • Kembali ke tempat penginapan.
15 SEPTEMBER 2012:- ( Stadium Hoki 2 Bukit Jalil )
  • Klinik Hoki kelolaan TNB dan Faris Petra Hockey Club (FPHC) - 8.00 pagi - 11.00 pagi
  • Perlawanan Persahabatan Perempuan Bwh 18 ( Faris vs Pilihan Selangor )- 11.30 - 12.30 t/hari
  • Rehat
  • Perlawanan Persahabatan Lelaki ( Faris vs FPHC ) - 4.00 - 6.30 ptg
  • Majlis Makan Malam Tajaan FPHC - 8.00 - 11.00 malam
  1. Kehadiran pemain hoki Faris yang pernah mewakili negara
  2. Bekas pemain hoki Faris (FPHC)
  3. 5 pemain dan bekas pemain hoki negara dari TNB
  4. Bekas jurulatih SMS Tg. Muhd Faris Petra
16 SEPTEMBER 2012:-
  • Rombongan Kelab Hoki SMS Tg. Muhd Faris Petra bertolak pulang ke Kelantan. 


Tuesday, September 11, 2012

RAPTAI KOT 2012

Raptai Kejohanan Olahraga Tahunan ke-37 (2012) akan diadakan pada:-
  • Tarikh: 12 September 2012 (Rabu)
  • Masa: 8.00 pagi

Monday, September 10, 2012

MESYUARAT KURIKULUM 3/2012...!

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.3/2012
  • TARIKH: 10 SEPTEMBER 2012
  • MASA: 1.25 PETANG
  • TEMPAT: BILIK GERAKAN
AGENDA MESYUARAT:-
  • Ucapan Pengerusi
  • Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2012
  • Perkara Berbangkit
  • Analisis dan Post Mortem Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM 2012
  • Program Kecemerlangan PMR dan SPM
  • Hal-hal lain
* Penulis tanpa hadir kerana bertugas sebagai ketua pelepas acara balapan saringan KOT bermula jam 3.00  
   petang.

Sunday, September 9, 2012

PROGRAM TERDEKAT FARIS...!

Minggu ke-13 Penggal Kedua Persekolahan juga mengundang kesibukan tugas para Farisian sekalian. Pada minggu ini ( 9 September - 15 September 2012 ) akan berlangsung beberapa acara penting sekolah, antaranya:-

13 - 15 September 2012 - Program Kelab Hoki Faris Bersama Faris Petra Hockey Club Kuala Lumpur
  • Lokasi: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
  • Aktiviti:-
  1. Perlawanan Persahabatan
  2. Menyaksikan Perlawanan Hoki Liga Nasional
  3. Majlis Makan Malam
  4. Latihan Bersama Seliaan TNB dan Bekas Pemain Kebangsaan
15 September 2012- Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-37 (2012)
  • 09 - 13 September 2012 : Acara Saringan
KEPUTUSAN PENUH KOT KE-36 (2011)
Bil
ACARA
RAHMAN
RAZAK
HUSSIEN
MAHATHIR
1.
Sukantara
112
128
119
134
2.
Acara Lelaki
190
226
210
271
3.
Acara Perempuan
217
179
207
270
4.
Bonus (Rekod Baru)
05
20
45
15
5.
Perbarisan
15
05
20
10
6.
Kawad Formasi
10
05
20
15
7.
Keceriaan Asrama
10
15
05
20
8.
Khemah dan Hiasan
05
10
20
15

JUMLAH KESELURUHAN

564

588

646

750

JOHAN : MAHATHIR
NAIB JOHAN: HUSSIEN
KETIGA: RAZAK
KEEMPAT: RAHMAN

Saturday, September 8, 2012

CIKGU YANG BERJASA...!


Ust. Azhar (bertukar ke SMACH), Cikgu Rasdi, Cikgu Ghazi...

Cikgu Feen, Cikgu Zaidi, Cikgu Kamarulzaman...

Cikgu Aidah, Cikgu Hasni, Cikgu Zakiah...

Ust. Mukhatar (Pengetua di SMK Tok Bachok), Cikgu Aris, Cikgu Sharifuddin...

Cikgu Nor Siah, Ustazah Noraziah...

Cikgu Hasmani, Cikgu Rodzeah...

Cikgu Zahariah, Cikgu Sakinah....

Cikgu Chan, Cikgu Zainuddin (bekas PK1), Cikgu Deng...

ADA SEKOR ANAK TUPA...!



Pendikir terkenal Halim Yazid bergabung tenaga dengan pasukan Dikir Barat Faris Petra membuat persembahan hebat dalam Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Ragbi SBP 10 di Dewan Sultan Muhammad V.

LAGI LENSA RAYA-ASRAMA TERBUKA 2012...!












Friday, September 7, 2012

LENSA RAYA-ASRAMA TERBUKA 2012...!












Kesian, cikgu tak dapat join sama. Ketika ini cikgu berada di PCB Resort kerana menyelia pelajar F3 yang sedang mengikuti Kem Wacana Akademik PMR...

Foto oleh Amzar Zafran (Jurufoto Sekolah)

KOT 2012...!

KOT 2012 akan diadakan pada 15 September 2012. Pada hari Sabtu tersebut merupakan hari persekolahan ganti. Seperti biasa, 4 buah rumah sukan akan mencuba nasib merebut kejuaraan berprestij itu pada tahun ini. Mungkinkah Mahathir akan berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi tahun lepas? Atau mungkinkah Rahman muncul sebagai juara pada tahun ini? Bagaimanakah pula nasib rumah Hussien dan Razak? Semuanya terjawab pada 15 September nanti.

Thursday, September 6, 2012

JALUR GEMILANG KEBANGGAAN KAMI...!






Foto oleh Amzar Zafran
Kami warga Farisian berbangga menggenggam dan menjulang 'Jalur Gemilang'. Pada kami 'Jalur Gemilang' lambang kedaulatan negara, lambang perpaduan dan lambang ketamadunan bangsa. Di sini kami tumbuh subur sebagai anak watan yang sanggup berputih tulang mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta daripada ancaman segelintir manusia yang tidak bertamadun.

Wednesday, September 5, 2012

SIBUK DAN KELAM KABUT...!

Hari ini merupakan hari ke-2, program Kem Wacana Akademik PMR 2012 di PCB Resort. Slot bengkel subjek akan dimulai dengan Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi dan sesi petang berakhir dengan subjek Matematik. Pada malamnya pula, penulis sekali lagi akan mengendalikan slot BM iaitu pada pukul 8.50 - 10.50 malam. Slot pada kali ini akan lebih menekankan aspek teknik dan tatacara pada saat menghadapi PMR. Slot subjek BM malam tadi pula merupakan sesi mengesan item kelemahan pelajar mengikut topik.
Sebagai Pengurus Projek program, penulis bukan sahaja bertanggungjawab terhadap subjek tugasan malah terpaksa mengurus dan menyelia segala aktiviti kem, daripada menu makan, dewan kuliah, asrama penginapan pelajar, aktiviti riadah, imam solat dan keselamatan pelajar. Pendek kata, 24 jam kerja tanpa rehat. Nasib baiklah cikgu mendapat kerjasama penuh daripada guru-guru lain, sehingga kerja yang berat menjadi lebih ringan.
Selamat berbengkel dan selamat maju jaya.



Pelajar sedang mengikuti bengkel subjek di Dewan Cahaya Bulan, PCB Resort, Kota Bharu... 4/9/2012

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM