Pasukan Forum Remaja Faris Petra... ke-3 kebangsaan 2011...!
FOLLOWERS
PENGURUS IKLAN
Monday, July 25, 2011
Wednesday, July 20, 2011
FARIS PETRA BERBAKTI DI KEMBOJA...!
Sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra merupakan aset tertinggi negara untuk masa depan. Pelajar-pelajar di sekoah ini ialah modal insan (human capital) yang perlu diasuh dan dibentuk ke tahap optimum sejajar dengan penetapan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memastikan bahawa warga pelajar terus memperkembang potensi diri, mereka sentiasa diberikan pendedahan dan bimbingan untuk melahirkan 'personaliti unggul (towering personality) dalam kalangan mereka. Melalui bidang kebitaraan yang ditetapkan, keupayaan pelajar dapat terus digilap.
Program Pengantarabangsaan Pendidikan dan Kesihatan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan Mahasiswa Perubatan Universiti Sains Malaysia di Kemboja pada 13 - 18 Julai 2011 merupakan salah satu usaha murni ke arah matlamat tersebut.
Program besar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada guru dan pelajar tentang bentuk iklim pendidikan dan persekolahan di peringkat antarabangsa di samping mengadakan hubungan intelektual dan memberikan khidmat pendidikan dan kesihatan kepada institusi berkenaan.
Program besar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada guru dan pelajar tentang bentuk iklim pendidikan dan persekolahan di peringkat antarabangsa di samping mengadakan hubungan intelektual dan memberikan khidmat pendidikan dan kesihatan kepada institusi berkenaan.
Program bakti Faris Petra....
Bergambar kenangan...
Delegasi Faris Petra sedia mencurah bakti....
Membantu P & P di kelas..
Doktor HUSM sedang memberikan rawatan...
Bakti Faris Petra tidak terbatas...
KANSER PEMBUNUH SENYAP...!
KANSER merupakan sejenis penyakit berbahaya yang amat berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat. Menurut National Cancer Registry 2006, 5 kanser utama di Malaysia ialah:-
- kanser payu dara
- kanser usus besar
- kanser paru-paru
- kanser pangkal rahim
- kanser nasofaring (belakang hidung)
Kanser payu dara paling tinggi kadarnya di negara kita iaitu 39.3%, diikuti kanser usus besar (18.4%), kanser paru-paru (13.3%), kanser pangkal rahim (12.2%) dan kanser nasofaring (5.5%) bagi setiap 100,000 orang penduduk.
Sumber: Sekilas, Utusan Malaysia, 20/7/2011
CIKGU FADZIL DAPAT BABY BARU...!
Cikgu Fadzil, isteri dan anak sulungnya Fawwaz...!
Cikgu Fadzil Ab. Razak (Guru KH dan warden) Faris Petra mendapat cahaya mata baru pada 11/7/11 yang lalu. Anak kedua beliau ini perempuan, yang namanya Fatihah Wajihah seberat 3.38 kg ketika dilahirkan di Klinik An-Nur, Kubang Kerian. Tahniah dan semoga kedatangan baby kedua menambahkan seri rumah tangga cikgu.
Foto baby...? Belum ada...!
SUSTAINABLE IMPROVEMENT PARTNERSHIP...!
Program Sustainable Improvement Partnership (SIP) merupakan program kolaborasi antara 3 buah SBP Kelantan iaitu Faris Petra, SMS Pasir Puteh dan SMS Machang untuk mata-mata pelajaran PMR dan SPM. Pada pagi ini, 20 Julai 2011, program SIP bagi mata pelajaran Matematik PMR akan berlangsung di Faris Petra. Seramai 50 orang pelajar dari setiap SBP ini akan mengambil bahagian. Mereka akan diberikan tunjuk ajar oleh guru-guru daripada 3 SBP berkenaan.
Pada 26 Julai 2011 ini pula, program SIP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu PMR akan diadakan di SMS Pasir Puteh bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
PERFECT SCORE SPM 2011...!
Program Kem Akademik "Perfect Score" SPM 2011 bagi subjek Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan akan diadakan pada 21 - 23 Julai 2011 di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan. Semua pelajar SPM Faris Petra terlibat dan mereka akan berkampung selama 3 hari 2 malam di resort tersebut.
Selamat berbengkel...!
Tuesday, July 19, 2011
PENGETUA FARIS BERTUKAR...!
KJ BERTUKAR KE SEKOLAH HARIAN...!
Berita pertukaran pengetua Faris Petra, En. Kamaruddin Jaafar (KJ) ke SMK Long Ghafar, Kubang Keranji, Kota Bharu menjadi topik hangat warga Farisian. Setelah berkhidmat 3 tahun sebulan di Sekolah Berasrama Penuh (SMS. Tengku Muhammad Faris Petra), kini beliau diberikan tugas baru di sekolah harian biasa yang juga pasti tersedia cabaran dan dugaan.
Warga guru dan staf sokongan mengucapkan terima kasih kepada KJ selama beliau di sini dan selamat bertugas di tempat baru. Semoga berjaya.
Perkhidmatan di Faris Petra: 16 Jun 2008 - 16 Julai 2011
Perkhidmatan di Faris Petra: 16 Jun 2008 - 16 Julai 2011
Saturday, July 16, 2011
SIR KAM DAN CIKGU DUAN...!
Cikgu Radzuan (tauke KH..) ... tokleh ..keleh.... rahsio..!
Cikgu Kamarulzaman (tauke BI) dengan cikgu pelawat dari SM St. George's, P.Pinang
KOBOI FARIS...!
1... 2.... 3....mano pistol...?
Cikgu Di, cepat bile... nanti hile pulok...!
Tuan Hj. Mohd Rasdi bin Ismail
Mula bertugas di Faris Petra: 1988 - kini
SMK Putera: 1979 - 1985
Lulusan UPM: Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
Guru mata pelajaran Sains
SEJARAH KOPERASI....!

Koperasi Faris Petra pada tahun 1978...!
"We didn't have a school canteen until 1976 or 1977. So, until then, the co-op did their best to fill in the gap. I remember, apart from selling stationeries, the co-op was popular among the students to buy ice-creams and peanuts. In fact, the cheapest ice-cream then, which was only 5 sen each, was used as a substitute for the 5 sen coin, if the coop didn't have the small change. Drum stick was only 50 sen each!! And it was among the most expensive ones!! - the Sundae cup was the most expensive at 60 sen each."
Untungnya Farisian hari ini...!
Sumber: www.smskel as I Remember
Tuesday, July 12, 2011
LAGU KERAMAT...!
DI SINI KUBERBAKTI
Di bawah satu bumbung
Kita semua bernanung
Sains Asas Kemajuan
Yang kita perjuangkan
STMFP kebanggaanku
Membimbing anak watan
Ayah bonda berkorban
Penuh dengan harapan
Para guru berjuang
Menuju kecemerlangan
Falsafah ilmu bersopan santun
Budaya yang cemerlang
Akan kutabur jasa
Dengan ilmu di dada
Prinsip Rukun Negara
Amalan kita semua
Demi negaraku Malaysia tercinta
Kupohon doa restu
(Ulang rangkap ke-2 dan ke-3)
Lagu oleh : Allahyarham Raslan Hussien
Lirik oleh : En. Zulkifli Mohd Noor ( Sekarang PPD Kuala Krai)
Tajuk lagu oleh : Cikgu Azemi (Penulis Blog)
Monday, July 11, 2011
ASPURI BARU...!
TAK MACAM IKAN SARDIN LAGI...!
Pelajar-pelajar puteri Farisian tidak lama lagi akan mendapat rumah baru...! Dijangkakan pada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan, pelajar puteri akan mendapat bangunan asrama baru. Masalah kesesakan yang dihadapi oleh mereka akan berakhir tidak lama lagi.
Asrama yang cantik dan moden....
SCHOOL PRAYER...!
DOA RASMI SEKOLAH
In the name of Allah the most gracious
And the most merciful
We seek for your faith that is firm and strong
And your external blessing
Bestow upon us
Your mercy and grace
Do not shun us
But guide us and lead us to the right path
Oh lord
We pray for strength, peace
Success and happiness
In this world and in the hereafter
LENCANA KECEMERLANGAN...!
Lencana kebanggaan warga Farisian
Sentiasa dijulang
Sentiasa tampil
Dalam kecemerlangan....
Sunday, July 10, 2011
AKSI 1 MURID 1 SUKAN...!
Jolo ko ni Mad..?
1 Murid 1 Sukan...
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan
2 Murid 2 Sukan...?
3 Cikgu 0 Sukan....! (Berehat di check point)
Majulah Sukan Untuk Faris....!
Saturday, July 9, 2011
PERTANDINGAN VIDEO....!
SOKONG UNTUK MENANG
Farisian sekalian,
Silalah buka link di bawah untuk melihat video penyertaan Faris Petra dalam pertandingan video dan jangan lupa 'like' untuk video kita ini.. Semoga klik-klik anda membantu kita untuk berjaya.....!!!
http://www.facebook.com/video/video.php?v=2204531671048&oid=93718964463&comments
Farisian sekalian,
Silalah buka link di bawah untuk melihat video penyertaan Faris Petra dalam pertandingan video dan jangan lupa 'like' untuk video kita ini.. Semoga klik-klik anda membantu kita untuk berjaya.....!!!
http://www.facebook.com/video/video.php?v=2204531671048&oid=93718964463&comments
SEMALAM DI BRISBANE...!
Foto-foto yang dirakamkan oleh Ahmad Ariff Abdul Kadir di Sungai Brisbane, Australia menggunakan teknik
sunset atau menggunakan bukaan aperture besar dengan shuttle speed yang rendah. Hasilnya ialah gambar suram dengan akspresi cahaya yang menarik.
Ahmad Arif Abdul Kadir
Faris Petra: 2003 - 2007
Sedang menuntut di University of Queensland
Subscribe to:
Posts (Atom)