FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, August 29, 2012

BAHASA SULIT ASRAMA FARIS...!

KAJIAN SLANGA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(Satu Kajian di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra)


Definisi:
Slanga ialah bahasa yang dipertuturkan oleh satu kelompok masyarakat yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja.

Tujuan Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk melihat keragaman bahasa yang digunakan oleh para pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang melalui kehidupan yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Mereka berada di asrama selama 24 jam sehari yang sudah pasti dapat membentuk kelompok mereka tersendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengaitkan perkataan yang digunakan dengan maksud sebenar perkataan tersebut dan apakah hubung kaitnya. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mencari sebab-sebab mereka menggunakan slanga dalam kehidupan seharian mereka.

Respondan:
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 30 orang pelajar iaitu 5 orang bagi setiap kelas di Tingkatan 5 yang merangkumi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Hasil Kajian:
(i)Penggunaan slanga dan maksudnya.

Bil
Slanga
Maksud Sebenar
1
Ngisi
Denda
2
Bbunga
Dating
3
Mapuh
Tidur
4
Ngepok
Mencuri
5
Karek
Merokok
6
Relay
Merokok
7
Bedil
Mencuri
8
So’oh
Buncit
9
Bero
Marah
10
Jimat
Kedekut
11
Pejabat
Tandas tempat merokok
12
Ngepau
Mencuri
13
Cilok
Selekeh
14
Mencampak
Pelik dalam sesuatu kelompok
15
Ngecing
Menipu
16
Kemas
Bagus
17
Cipop
Berjerawat



18
Syiwo
Jiwang
19
Ngopi
Meniru
20
Bajet Lawa
Perasan lawa
21
Cisuk
Busuk
22
Mama
Warden perempuan
23
Spot Light
Mata luas
24
Kerengga
Punggung tonggek
25
Spongebob
Suara nyaring
26
Ciles
Lesbian
27
Liteyo
Busy body
28
Sipon
Pondan
29
Set Megang
Gangster
30
Ngotok
Marah
31
Berasap
Marah
32
Fly
Lompat pagar keluar dari asrama
33
Rong
Rongak
34
Rambut bom
Rambut mengerbang
35
Spike
Rambut tercacak
36
Potek
Tahi lalat
37
Penyu
Orang Terengganu
38
Tenggiling
Handphone
39
Tahap Bos
Amat sangat (contoh: benci tahap bos)
40
Sumbat
Orang tidak betul/ sewel
41
Lipat
Makan kawan
42
4 X 4
Merokok sebatang untuk 4 orang
43
Toyol
Bawa nota dalam dewan peperiksaan
44
Jump
Lompat pagar untuk keluar dari asrama
45
Mucat
Gementar
46
Hantu
Spy guru
47
Terak
Menggelecek
48
Petak
Ber’SMS’
49
Settal
Menyelesaikan pergaduhan
50
Gelek
Pemetik api
51
Tino Comel
Bapuk
52
Seret
Punggung besar
53
Sakok
Buah dada besar
54
Sambung
Melakukan pendawaian haram
55
Gulung
Rokok daun
56
Berasap
Merokok
57
Mentol
Rokok bermenthol (contoh: Salem)
58
Toko
Benda bulat
59
Cela
Celaka
60
Ngekkong
Meniru
61
Sekor
Duduk seorang diri
62
Karipap
Gred D dalam peperiksaan
63
Kandok
Terlalu inginkan sesuatu
Atas permintaan ramai, cikgu sekali lagi memuatkan hasil tulisan Cikgu Muhammad Daud untuk tatapan Farisian sekalian.

KAUNSELOR BAHARU...!




Wan Siti Aminah binti Wan Mohamad
Mula bertugas di Faris Petra: 1 Disember 2011.














Tuesday, August 28, 2012

KLATE SEKADAR SERI...!


KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 28/8/2012:-

  • ATM VS KELANTAN: 1 - 1
  • KEDAH VS TERENGGANU: 2 - 1
  • JOHOR VS LIONS XII: 0 - 0
  • NEGERI SEMBILAN VS PERAK: 0 - 0
  • PAHANG VS SARAWAK: 6 - 0
  • T-TEAM VS SELANGOR: 0 - 1
  • PKNS FC VS JOHOR FC: 1 - 1
  • FELDA UNITED VS SIME DARBY: 2 - 3

MESYUARAT KEM WACANA AKADEMIK PMR...!

MESYUARAT PENYELARASAN KEM WACANA AKADEMIK PMR

Kem Wacana Akademik PMR di bawah program SBT akan berlangsung pada 4 - 6 September 2012 di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan. Program yang akan melibatkan kesemua pelajar tingkatan 3 seramai 148 orang ini akan menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik serta kaedah terbaik ketika menjawab soalan-soalan  PMR nanti.
Bagi melicinkan perjalanan kem, maka telah diadakan mesyuarat seperti di atas sebagaimana berikut:-
  • Tarikh: 28 Ogos 2012
  • Masa: 2.15 petang
  • Tempat: Bilik Gerakan
  • Ahli mesyuarat: Semua guru tingkatan 3
Antara agenda mesyuaratnya pula:-
  • Ucapan Pengetua
  • Pelantikan dan Pengesahan Jawatankuasa Kerja
  • Taklimat ringkas Kem Wacana Akademik oleh Penulis selaku 'Pengurus Projek'
  • Hal-hal lain.


MORNING TALK 28/8...!

Morning Talk pada pagi ini pertama kali diadakan di Bilik Matematik. Antara perkara yang disentuh oleh Tuan Hj. Shaffie pada kali ini ialah:-
  • Urusan kemasukan markah Percubaan PMR dan SPM
  • Kebersihan kelas, tandas
  • Pemantauan Nazir 2 - 10 September 2012
  • Borang SKT
  • KOT pada 16 September 2012
  • Pertandingan Jalur Gemilang
  • Mesyuarat JKS pada 3 September 2012

Monday, August 27, 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN TERDEKAT...!


JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM
  • 27 Ogos 2012: PECUTAN AKHIR PMR/SPM ( 8.00 pagi - 5.00 petang)
  • 04 - 06 September 2012: KEM WACANA PMR DI PCB RESORT
  • 09 September 2012: GERPAQ A MATEMATIK PMR ( 9.00 - 11.00 malam )
  • 11 September 2012: MUTIARA SAINS PMR ( 9.00 - 11.00 malam )
  • 17 September 2012: GERPAQ A MATEMATIK PMR ( 9.00 - 11.00 malam )
  • 18 September 2012: MUTIARA SAINS PMR ( 9.00 - 11.00 malam )
  • 23 September 2012: GERPAQ A MATEMATIK PMR ( 9.00 - 11.00 malam )

Sunday, August 26, 2012

JAMUAN BAI'AH...!

Jamuan Kesyukuran Bai'ah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis, 6 September 2012. Pelajar F3 yang terlibat dengan Kem Wacana PMR di PCB Resort bermula 4 - 6 September 2012 dijangka akan menamatkan aktiviti kem lebih awal sedikit untuk sama-sama berpeluang meraikan sambutan hari raya tersebut.

Harap maklum.

MINGGU PENYAYANG 2012...!

Majlis Perasmian Minggu Penyayang 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada pagi Ahad (26 Ogos 2012), jam 7.30 di Dewan Mahadzir Hashim (dulu dikenali Dewan Gemilang). Minggu Penyayang yang bertemakan "Sahabat Cerminan Diri, Peneguh Ukhwah Sejati, Membentuk Kecemerlangan Peribadi akan berlangsung pada 26 Ogos - 1 September 2012. 
 Presiden PRS sedang menyampaikan ucapan...
 Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua...


 
Antara pengisian Minggu Penyayang 2012 ialah:-
  • Tayangan Perdana
  • Ceramah Personaliti
  • Slot jangan simpan dan luahan perasaan pelajar tingkatan 1 
  • Pertandingan melukis poster
  • Treasure hunt
  • Fancy dress
  • Regu
  • Kuiz roll call

Wednesday, August 22, 2012

KLATE LANGKAH KIRI...!

DAUDSU PUNCA KLATE KECUNDANG..
Kerana ketinggalan pada awal-awal permainan, The Red Warriors tewas kepada musuh tradisi dengan jaringan 0 - 2. Walaupun garang menyerang pada awal separuh masa kedua dan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan namun, tindakan bodoh Daudsu yang menempah kad merah menjadi pemusnah kepada kegigihan dan semangat melawan Klate. Apalah yang mampu direncana oleh kudrat 10 orang pemain sedangkan masa berjuang masih terlalu panjang. Keputusan perlawanan Piala Malaysia 22 Ogos 2012:-
  • TERENGGANU VS KELANTAN: 2 - 0
  • SARAWAK VS SELANGOR: 2 - 1
  • KEDAH VS ATM: 0 - 2
  • PKNS FC VS JOHOR: 1 - 1:
  • FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN: 1 - 1
  • SIME DARBY VS PERAK: 1 - 1
  • JOHOR FC VS LIONS XII: 0 - 0

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM