Sumber: FB
FOLLOWERS
PENGURUS IKLAN
Thursday, August 2, 2012
ANUGERAH KEHORMAT KEPIMPINAN 2012...!
En. Wan Hamzah bin Wan Daud
En. Wan Hamzah b. Wan Daud sedang menerima anugerah daripada Tuanku
Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C Faris Petra, En. Wan Hamzah b. Wan Daud terpilih bagi menerima Anugerah Kehormat Kepimpinan bersempena Majlis Graduasi 2012.
HARI KEDUA PEPERIKSAAN...!
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK SBP
PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012
TARIKH | WAKTU | KOD | NAMA KERTAS | MASA |
KHAMIS 02/08/2012 | 08:00 – 09:45 | 1119/1 | Bahasa Inggeris Kertas 1 | 1 jam 45 minit |
10:30 – 12:45 | 1119/2 | Bahasa Inggeris Kertas 2 | 2 jam 15 minit | |
02:00 – 04:30 | 1249/2 | Sejarah Kertas 2 | 2 jam 30 minit |
Wednesday, August 1, 2012
FARIS DAFTAR TIGA PASUKAN...!
Team Hoki Faris Petra akan menghantar 3 buah pasukan ke Pesta Hoki USM-Penang 2012 yang akan berlangsung pada 7 -9 Disember 2012. Urusan pendaftaran sedang diuruskan.
Add New Team| No. | Team's Name | Category | Price (RM) | Payment Status | Action | Print Entry Form |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | FARIS BLUE | BOY'S UNDER-15 | 200 | UNPAID | Pay Now | Delete Team | |
| 2. | FARIS RED | JUNIOR MEN'S UNDER-18 | 200 | UNPAID | Pay Now | Delete Team | |
| 3. | FARIS GREEN | JUNIOR WOMEN'S UNDER-18 | 200 | UNPAID | Pay Now | Delete Team |
PERCUBAAN SELARAS SBP 2012...!
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK SBP
PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012
| TARIKH | WAKTU | KOD | NAMA KERTAS | MASA |
| RABU 01/08/2012 | 08:00 – 10:15 | 1103/1 | Bahasa Melayu Kertas 1 | 2 jam 15 minit |
| 11:30 – 12:30 | 1249/1 | Sejarah Kertas 1 | 1 jam | |
| 02:00 – 04:30 | 1103/2 | Bahasa Melayu Kertas 2 | 2 jam 30 minit |
SALAM PERANTAUAN....!
Assalamualaikum dan selamat berpuasa,
Ringkas cerita cikgu ada menerima cadangan daripada pembaca budiman sekalian yang mencadangkan blog cikgu ini turut memuatkan 'post' salam perantauan oleh Farisian terutamanya yang kini berada di luar negara. Satu cadangan yang baik. Salam perantauan ini boleh menjadi satu media warga Farisian merapatkan ukhwah sesama kita.
Untuk tujuan itu, Farisian sekalian bolehlah memasukkan ucapan "SALAM PERANTAUAN" di Facebook cikgu dan cikgu akan mengeditnya mengikut kesesuaian dan cikgu akan menyiarkannya di blog cikgu ini secara percuma.
Kepada Farisian yang berada di dalam negara pun dialu-alukan untuk menyertainya.
CEPAT, JANGAN TERLAMBAT...
Tuesday, July 31, 2012
SALAM DARI HO CHI MINH...!
Tengku Ferdenen Tengku Amri
(Kapten Basketball)
Faris Petra: 1987 - 1991
University of Tulsa, Oklahoma:- Chemicals Engineering (BSc) -Biasiswa Petronas
Kerjaya: Unit Pemasaran Petronas Chemicals Group, Ho Chi Minh.
Monday, July 30, 2012
GURU PALING SETIA...!
Dr. Chan Siok Gim atau lebih mesra dengan panggilan Mama Chan mula berkhidmat di Faris Petra pada 14 April 1979. Ini bermakna sudah lebih 33 tahun beliau mencurah bakti kepada warga Farisian sekalian. Beliau yang kini merupakan Guru Kanan Sains dan Matematik masih bersemangat mencurahkan ilmu dan kepakaran demi kecemerlangan Faris Petra.
Tn. Hj. Sharifudin b. Ahmad Nawawi, lebih mesra dengan sapaan Cikgu Din pula hanya sehari lewat berbanding Mama Chan mendaftarkan diri di Faris Petra. Beliau mula bertugas di bumi Faris Petra pada 15 April 1979 sehingga kini dan subjek utamanya ialah Kemahiran Hidup. Walaupun telah mencurah bakti lebih 33 tahun, namun kudratnya masih diperlukan. Beliau kini merupakan Guru Cemerlang Kemahiran Hidup dan merupakan menteri kewangan kepada PIBG sekolah kita.
Sunday, July 29, 2012
KANDID SEORANG COACH...!
Telah hampir 20 tahun cikgu mengabdikan diri dengan sukan hoki di Faris Petra sahaja. Walau apa orang lain kata, yang lebih penting ialah cikgu mampu menjadikan hoki sebagai medan memanusiakan pelajar.........!
Foto kandid ini dirakamkan ketika Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Johor Bahru 2012.
Sumber foto drp FB Shahrunnixam Typerwriter
Foto kandid ini dirakamkan ketika Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Johor Bahru 2012.
Sumber foto drp FB Shahrunnixam Typerwriter
Saturday, July 28, 2012
SRIKANDI BI...!
Pn. Azalina bt. Mohd Yusoff
Pn. Yuniza bt Che Yaacob
Pn. Roziah bt Mohd Ali
Pn. Nik Fauziah bt Nik Abdullah
Friday, July 27, 2012
DUA PAGI JADI USTAZ...!
Walaupun bulan puasa, undangan ceramah cikgu tak pernah puasa. Hujung minggu ini cikgu diundang bagi menyampaikan ceramah Bahasa Melayu PMR kepada pelajar-pelajar SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin.
Begitulah diari cikgu Faris Petra
Thursday, July 26, 2012
FOTO CENDERAMATA VVIP...!
En. Wan Hamzah sedang mengiringi Y.Bhg. Dato'Dr. Hj. Ahmad b. Sipon
Semasa membelek-belek fail lama, cikgu terjumpa sekeping foto yang mengimbaskan kembali kenangan ketika Majlis Graduasi pada tahun 2005. Sebagai guru yang bertugas sebagai jurufoto, cikgu dikehendaki menyediakan foto majlis yang diframekan sebagai cenderamata istimewa kepada VVIP tersebut. Bayangkan bagaimana cikgu terpaksa merakam foto dan seterusnya menyunting dan mencetak foto dengan segera. Kemudahan ketika itu pula agak terhad.
Nasib baiklah cikgu mendapat bantuan daripada ahli Kelab Fotografi yang sentiasa ringan tulang...!
BRAYO DI FARIS...!
Assalamualaikum kepada semua member warga ALUMNI FARIS PETRA.......
Tahun ni Alumni Faris Petra akan meneruskan tradisi 'gathering Aidilfitri' di sekolah pada hari raya ketiga (21/8) bermula jam 8.00 mlm. Majlis tahun ini ia akan dihostkan secara bersama oleh batch 7478, 7882, 8892 & 9802. POK CHIK MAZMIHAN sebagai pengerusi majlis dgn bantuan barisan AJK kerja lain di Kota Bharu telah memberi komitmen yang tinggi & telah bekerja keras untuk mengatur persiapan agar perjumpaan tahun ini adalah yang terbesar & terbaik pernah diadakan.
Ambo mewakili AJK Alumni ingin menyeru sokongan padu semua warga FARIS PERTA untuk melapangkan masa untuk hadir beramai2 menyokong program tersebut. PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI CHAT THREAD EVENT FB FARIS PETRA OLEH POK CHIK, SU AZIZ BAKAR, Wakil2 batch masing2 atau melalui chat thread ini.....kalau ada sesiapa hok cade nok sponsor apa2 pada malam perjumpaan nanti bulih PM direct ko ambo.....MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGERATKAN SILATURAHIM SESAMA WARGA ALUMNI SAMBIL KEMBALI BERBAKTI
Daripada FB Dato DrKaisan dgn sedikit editing
Daripada FB Dato DrKaisan dgn sedikit editing
Wednesday, July 25, 2012
ARKIB FARIS...!
FOTO SEMPENA PERTANDINGAN NASYID FORM 2
Cikgu ada terjumpa foto ini dalam FB Farisian (Mohd Zakrey Nor). Cikgu rasa foto ini boleh dikongsikan dengan Farisian yang lain. Mungkin sesiapa dapat memberitahu cikgu nama-nama pelajar di dalam foto tersebut termasuk kerjayanya sekali.
Pokok yang di belakang tu, dah tak ado kot?
Cikgu ingat foto ini dirakamkan di kawasan letak kereta sekolah kita.
Pokok Semarak Api tu macam 'biasa aje'
Cikgu ingat foto ini dirakamkan di kawasan letak kereta sekolah kita.
Pokok Semarak Api tu macam 'biasa aje'
Subscribe to:
Posts (Atom)




