FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, June 18, 2012

FARIS PETRA JUARA NEGERI KUIZ SAINS.....I

FARIS SAH TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA...
DUA buah pasukan yang mewakili Faris Petra dalam pertandingan akhir 'National Science Challenge 2012' berjaya muncul sebagai juara dan tempat ketiga. Naib juara disandang oleh pasukan dari MRSM Pengkalan Chepa. Pasukan bimbingan Cikgu Pn. Mazinah Muda, iaitu Muhd Farhan b. Rosman, Ahmad Ameer b. Mohamad dan Muhd Aiman b. Shafuzan terpaksa bersaing sengit dengan wakil MRSM Pengkalan Chepa sebelum berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan.
Kedudukan keseluruhan:-
  • Johan     - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
  • N/Johan - MRSM Pengkalan Chepa
  • Ketiga    - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

Sunday, June 17, 2012

HARI GURU 2012...!

Sambutan Hari Guru :)
Bertemakan musim sejuk...!
Pada 16 Jun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengadakan sambutan Hari Guru secara besar- besaran bagi menghargai jasa guru yang mendidik para pelajar. Sambutan ini telah dikendalikan oleh semua pelajar Tingkatan 5. Hari Guru pada tahun ini bertemakan WONDROUS WINTER. Pentas yang dihias indah, dipenuhi dengan 'salji' menghidupkan lagi suasana pada hari tersebut. Pelbagai persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan dipersembahkan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh guru seperti nyanyian,lakonan dan puisi. Terdapat pelbagai permainan yang diadakan khas untuk guru tercinta seperti “musical chair”, sepak takraw, "mummy me", " make over", tarik tali dan banyak lagi. Warga sekolah begitu gembira sepanjang sambutan tersebut terutama guru. Anugerah-anugerah khas turut disampaikan kepada guru yang mendapat undian terbanyak. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari GURU ! Terima kasih, cikgu ! :) 

PROGRAM SBT HOKI KE VIETNAM...!

IInternational Hockey Programme
Mengadakan sesi latihan bersama juga perlawanan persahabatan dengan Kelab Hoki Tornados dan Kelab Hoki Antarabangsa Saigon...

PROGRAM SBT KE AUSTRALIA...!

IPROGRAM PENGANTARABANGSAAN SBT
Program pengantarabangsaan Panitia Bahasa Perancis ke  New South Wales, Australia...

FORUM REMAJA 2012...!

PERTANDINGAN FORUM REMAJA PPD KOTA BHARU 2012
TARIKH: 24 JUN 2012
TEMPAT: DEWAN GEMILANG, 
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
MASA: 8.30 PAGI

FARIS PETRA WAKIL NEGERI...!

NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2012,
PERINGKAT NEGERI KELANTAN.

Bertempat di Dewan Gemilang, SM. Sains Tengku Muhammad Petra akan berlangsung pertandingan kuiz National Science Challenge 2012 peringkat negeri Kelantan, bermula jam 8.00 pagi. Empat buah pasukan telah layak ke peringkat akhir dan dua buah pasukannya adalah dari sekolah kita, SM Sains Tengku Muhammad Petra. Sekolah-sekolah lain yang juga berjaya ke peringkat akhir ialah Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa dan SMK Dato' Ismail, Pasir Puteh. Senarai pasukan yang bertanding adalah seperti berikut:-


SEKOLAH
GURU PENGIRING

NAMA PESERTA

SMK Dato’ Ismail,
Pasir Puteh.


Nik Mazilah bt. Salleh

  • Muaz b. Othman
  • Mohd Zulfahmie b. Zulkifli
  • Nik Yunesa bt Yuganu


SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra,
Pengkalan Chepa.


Hasmani bt Ishak

  • Mohd Iskandar Zulqarnain b Burhanuddin
  • Mohd Amin Azfar b Ab Rahman
  • Wan Aiman b Wan Mohd Bakri


SM. Sains Tengku
Muhammad Faris Petra,
Pengkalan Chepa.



Mazinah bt Muda

  • Muhd Farhan b Rosman
  • Ahmad Ameer b Mohamad
  • Muhd Aiman b Shafuzan

MRSM
Pengkalan Chepa.


Ami Adeela bt A. Rahman

  • Megat Shahrul Iran b Ismail
  • Nur Nadhirah Syahmi bt Zawawi
  • Nur Nabilah bt Hamid

Saturday, June 16, 2012

KOLOKIUM PELAJAR PROJEK KHAS SBP 2012...!

4 PELAJAR FARIS PETRA TERLIBAT....
Seramai 4 orang pelajar projek khas Faris Petra terlibat dengan Program Kolokium Pelajar Projek Khas SBP 2012 yang berlangsung di Tiarra Beach Resort, Negeri Sembilan pada cuti penggal yang lepas. Menurut wakil Alumni Faris Petra, En. Mat Kamil Awang, program ini diadakan untuk memberikan input-input penting kepada pelajar projek khas SBP seluruh negara agar mereka terus dapat bersaing dan mencipta kejayaan gemilang suatu hari nanti. Seramai 252 orang pelajar terlibat dalam program pada kali ini.
4 orang pelajar Faris Petra yang terlibat ... (berbaju batik biru muda)

Thursday, June 14, 2012

BICARA TOKOH PRESIDEN ALUMNI...!


Dato' Dr Kaisan, Presiden Alumni Faris Petra sedang berucap di Majlis Program Bicara Tokoh Bersama Dengan Ahli Pertubuhan Peladang Pasir Puteh sedikit masa dulu....

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU...!


Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Tarikh: 14 Jun 2012 (Khamis)
Jam: 1.25 petang
Tempat: Bilik Kurikulum
Agenda:-
  • Ucapan Pengerusi
  • Perkara Berbangkit
  • Taklimat PBS
  • Hal-hal lain
Harap maklum.

    SEKOLAH HARI SABTU....!



    Hari Sabtu (16 Jun 2012) merupakan hari persekolahan bagi semua warga Faris Petra dan menggunakan jadual hari Rabu.

    Harap maklum.

    Wednesday, June 13, 2012

    PERFECT SCORE PMR FASA II....!

    BENGKEL “PERFECT SCORE” PMR FASA 2
    13 – 16 JUN 2012
    TARIKH
    MASA
    MATA PELAJARAN

    13 JUN 2012
    RABU


    03.00 – 05.00 PM

    KEMAHIRAN HIDUP

    14 JUN 2012
    KHAMIS


    03.00 – 05.00 PM

    MATEMATIK

    15 JUN 2012
    JUMAAT
    08.30 – 10.00 AM
    BAHASA MELAYU
    10.00 – 10.30 AM
    REHAT
    10.30 – 12.30 PM
    SEJARAH
    03.00 – 05.00 PM
    -

    16 JUN 2012
    SABTU
    08.00 – 10.00 AM
    SAINS
    10.00 – 10.30 AM
    REHAT
    10.30 – 12.30 PM
    PENDIDIKAN ISLAM
    12.30 – 02.00 PM
    BAHASA INGGERIS
    03.00 – 05.00 PM
    GEOGRAFI
    PENGARAH BENGKEL:
    • Kemahiran Hidup – En. Fadzil Abdul Razak
    • Matematik – Pn. Hjh Zahariah Ismail
    • Bahasa Melayu – En. Mohamad Azemi Zawawi
    • Sejarah – Pn. Kang Pheak Sew
    • Sains – Tn Hj. Mohd Rasdi Ismail
    • Pendidikan Islam – Ust. Fadhilah  Mohd Ariff
    • Bahasa Inggeris – Pn. Nik Fauziah Nik Abdullah
    • Geografi – Pn. Hjh Wan Faizah Wan Ab Ghani

    Tuesday, June 12, 2012

    MORNING TALK...!

    MORNING TALK
    Seperti biasa 'morning talk' diadakan pada pagi ini dan beberapa perkara penting telah diutarakan oleh Tuan Pengetua iaitu:-
    • Taklimat pengurusan
    • Pembahagian tugas baharu KBG
    • 18 orang guru terlibat dengan lawatan benchmarking
    Antara guru lain yang menyampaikan info ialah:-
    • Pn. Hajah Zahariah bt. Ismail - Taklimat Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)
    • En. Mat Tajab - Urusan kemasukan markah ISIS, SAPS dan Headcount
    • En. Ezani Awang Noh - Edaran jadual waktu baharu

    Monday, June 11, 2012

    MESYUARAT PJK...!

    MESYUARAT PANITIA PJK
    Mesyuarat Panitia PJK dan PBS akan diadakan pada hari ini (Isnin: 11 Jun 2012) bermula jam 2.30 petang di Bilik Kurikulum. Semua guru PJK diwajibkan hadir.

    Harap maklum.

    Sunday, June 10, 2012

    HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH...!

    Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ketika Che Wan sebagai Pengetua...
    Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah akan diadakan pada 16 Jun 2012. Hari ini pula 10 Jun 2012 telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Sambutan ini berlangsung di SMK Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan. Dengar-dengar cerita.... bekas Pengetua Faris Petra, En. Wan Hamzah Wan Daud, antara yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kelantan bagi tahun ini.

    Thursday, June 7, 2012

    ALUMNI FARIS GIAT AKTIF...!



    Warga Faris Petra berbangga dengan semangat kalian.....

    INFO FUTSAL ALUMNI FARIS...!

    Profile Picture
    Ismee Muhaimi
    XLAMA DOH NOK PERANG...HUHUHU....

    Daripada maklumat oleh organizer, team yang dah confirm setakat ni, 90,91,93,94,95,97,98,2001,2003,2004 & 2010. Dah ada 11 team..Kita nak 9 team lagi nak cukup 20...kalu blh 16 team pun comel doh....

    MANA LAGI BATCH2 HOK LAIN NI....TAKUT KOW...HEHEHEHE.. ;)

    SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM