FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA...!

Mohamad Azemi Zawawi
Selamat hari raya kepada semua terutama bekas pelajar dan pelajar (Farisian) sekalian. Pada hari yang berkat ini cikgu mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin jika sewaktu bersama-sama dulu, tercetus salah dan silap: terpukul, terkutuk, tersindir, terkasar bahasa, terambil barang, termakan terminum, tersalah kata dan sebagainya. Ampunkan cikgu.... cikgu manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.... Cikgu sayang semua....!!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Saturday, August 27, 2011

DENDANG PERANTAU...!


Selamat hari Lebaran, Maaf zahir dan batin, anak didik dan rakan, semoga kita dirahmati Tuhan.... amin.

Mohamad Azemi Zawawi telah menghantar Lagu Raya kepada 50 rakan.
Pilihan MP3 Lagu Raya:
- Nama Lagu: Dendang Perantau
- Nama Artis: P Ramlee



Cikgu tujukan lagu buat Farisian melalui FB

Thursday, August 25, 2011

LENSA IHYA RAMADAN 2011...!

 
 
 
 
 
 
 
 


DUIT RAYA...!


Majlis Penyampaian Wang Zakat
Seramai 315 orang pelajar Faris Petra menerima wang zakat di Majlis Penyampaian Wang Zakat yang berlangsung di Dewan Gemilang pada jam 8.20 pagi tadi. Daripada 315 orang pelajar itu, 34 orangnya terdiri daripada anak yatim. Setiap penerima menerima wang zakat sebanyak RM40.00 seorang manakala anak-anak yatim pula sebanyak RM50.00 seorang. Majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaffie bin Awang.

Wednesday, August 24, 2011

LAGI BUDAK HOKI KE OVERSEAS...!


Azam Fikri bin Taifor
Faris Petra: 2004 - 2008
INTEC: 2011
Rochester Institute of Technology (RIT) New York: : Ogos 2011

Seorang lagi anak buah cikgu di padang hoki menyeberangi lautan luas ke New York untuk menyambung pelajaran dalam bidang Bioteknologi.
* Tahniah Azam - hebat di padang, hebat di persada antarabangsa...!!!!

KEM WACANA AKADEMIK PMR

Program Kem Wacana Akademik PMR 2011 merupakan program di bawah SBT akan diadakan pada minggu ke-2 bulan September nanti. Semua pelajar tingkatan 3 Faris Petra akan terlibat. Butiran lengkap program adalah seperti berikut:-

  • Nama Program : Kem Wacana Akademik PMR 2011
  • Peserta             : 144 orang pelajar Tingkatan 3
  • Tarikh               : 12 - 14 September 2011
  • Tempat             : Aura Training Centre, Kandis, Bachok, Kelantan. 

Tuesday, August 23, 2011

IHYA RAMADAN DENGAN TKPPM...!

Bermula jam 5.45 petang (22 Ogos 2011) maka berlangsungnya majlis penting buat semua warga Farisian iaitu Majlis Ihya Ramadan bersama-sama Y. Bhg. Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesional Keguruan). Majlis yang dimulakan dengan bacaan selawat oleh pelajar-pelajar, kemudiannya ucapan alu-aluan olehTuan Pengetua sebelum VIP menyampaikan amanat Kementerian Pelajaran melalui ucapan penting beliau.

Acara di Dewan Gemilang selesai pada pukul 7.10 petang diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama VIP, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, wakil PIBG, wakil Alumni, guru-guru serta pelajar-pelajar di dewan makan.

Tuan Haji Syufa'at berserta dif jemputan bersolat Mahgrib dan Terawih di masjid SEMESTA bersama-sama warga Farisian sekalian.


Ucapan aluan daripada Tn. Hj. Shaffie....

TKPPM sedang menyampaikan amanat...!

Bersalaman dengan Farisian di masjid...

CHE RAMLI: 2 DALAM 1...!

Cikgu Che Ramli b. Che Ismail (GC Kimia) Faris Petra akan melangsungkan dua majlis besar serentak khusus untuk anak-anaknya pada 4 September 2011 akan datang. Majlis yang dimaksudkan ialah majlis perkahwinan anak perempuannya serta majlis bagi menyambut menantu anak lelakinya. Majlis yang berlangsung serentak itu diadakan di kediaman beliau di:-


Lot 1684, Jalan Taman Makasa,
Pasir Mas, Kelantan.
  • Perkahwinan anaknya Zatul Iffah bt. Che Ramli dengan pasangan Faisal b. Mahammad
  • Menyambut menantunya Dr. Raja Ruzanna bt. Raja Abdul Aziz dengan Muhammad Danial Che Ramli

Sunday, August 21, 2011

RESUME PENGETUA FARIS...!


Nama                  : Tuan Haji Shaffie bin Awang
Asal                    : Machang, Kelantan
Mula bertugas     : 1982
Moto                  : Think positive and beyond target
                             Do the best with great sincerity and responsibility
Minat                  : Membaca, mengajar dan bersukan
Moto untuk Faris: Together, We Sustain Faris As No. 1
Kelayakan        

  •  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik/Biologi) - USM - 1982
  •  Postgraduate Diploma (Matematik) - Osaka University of Foreign Studies and Fukuoka University of  Education, Japan (1990 - 1992)
  • Master of Education (Matematik) - University of Sydney, Australia - (1996 - 1997)
Pengalaman        :
  • SMK Seri Intan, Machang, Kelantan - Guru (1982 - 1986)
  • Maktab Perguruan Keningau, Sabah - Pensyarah (1986 - 1990)
  • Maktab Perguruan Kuala Terengganu - Pensyarah (1992 - 2001)
  • Maktab Perguruan Kota Bharu - Pensyarah (2002 - 2004)
  • SMK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu - Pengetua (2004 - 2007)
  • SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu - Pengetua (2007 - 2008)
  • SMK Kijal, Kemaman, Terengganu - Pengetua (2008 - 2010)
  • SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu - Pengetua (2010 - 2010)
  • SMK Long Ghafar, Kota Bharu, Kelantan - Pengetua - (Dis 2010 - Julai 2011)
  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan - Pengetua (16 Julai 2011 - )

LUMAYAN HADIAH...!

Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada Mohd Ikhmal Haziq...
 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 21 OGOS 2011:
  • Tuan Pengetua mengumumkan beberapa acara penting:
  1. Lawatan kerja Tuan Haji Syufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada petang esok (22 Ogos 2011) - Lawatan bermula jam 6.00 petang.
  2. Faris Petra akan menjadi tuan rumah Kejohanan Ragbi SBP Kebangsaan pada tahun 2012.
  3. Majlis Anugerah Cemerlang ke-36 dan Mesyuarat Agung PIBG akan berlangsung pada September 2011.
  • Kata Kunci Penting Ucapan Pengetua:-
  1. Moto "Bersama-sama Melestarikan Faris No. 1" di samping "Good to Great"
  2. Kepentingan masa dan 'masa yang berkualiti'
  3. Kecemerlangan akademik dan sahsiah
  4. Kebersihan dan keceriaan sekolah
  • Penyampaian Hadiah Naib Juara Kebangsaan Pertandingan Video Kreatif Sains dan Matematik ITNM 2011:-
  1. Hadiah kepada 4 orang pelajar (peserta) - RM15,000.00
  2. Hadiah kepada sekolah - RM7,000.00 serta buku-buku Sains dan Mathematik


    SALAM DARI UMP....!




    Fahmi Jasri
    Faris Petra: 2002 - 2006
    Kolej Matrikulasi Johor: 2007 - 2008
    Universiti Malaysia Pahang: 2009 - Kejuruteraan Mekanikal.

    Saturday, August 20, 2011

    MANA SE'DAN...!

    BAKAR... JANGAN TAK BAKAR...!


    BBQ dengan 3 Alpha (2010)... selepas PMR

    KERANA CIKGU SAYA DI SINI...!

    Saya Nur Anis Hanim Mohamad Azemi (Faris Petra: 2003 - 2007) mengambil kesempatan melalui blog 'abah' ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada seluruh warga pendidik SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, staf sokongan dan Kak Zen kantin. Ampunkanlah salah silap saya ketika bersama-sama dulu. Khas buat guru-guru yang pernah mendidik saya, terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga. Kerana cikgu-cikgulah, saya sekarang berada di tahap ini.

    Buat rakan-rakan F5 (2007), kita yang terbaik...! Maaf zahir batin, teruskan usaha pencarian ilmu kita, semoga berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah.

    Anis akan pulang ke RIT, New York pada hari raya ketiga... bye2....

    Friday, August 19, 2011

    UCAPAN PENGGANTI DIRI...!


    Ucapan Melalui Blog Pengganti Diri
    Kita telah memasuki 10 hari terakhir Ramadan dan tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan ketakwaan. Pasti meriah sambutan pada kali ini. Kebiasaannya, sebagai tanda ingatan terhadap yang tersayang. kad hari raya dan kiriman sms menjadi penghubung silaturahim. Ucapan penuh kegembiraan, di samping memohon keampunan menghiasi lembaran kad dan ruangan mesej. "Selamat Hari Raya Aidilfitri", "Maaf Zahir dan Batin" ..... dan siap dengan bait-bait puisi yang indah...!

    Untuk lebih memeriahkan sambutan Aidilfitri warga Farisian sekalian, pada kali ini, cikgu akan menyediakan khidmat percuma (tanpa bayaran satu sen pun) iaitu menjadikan blog Faris-Petra.com ini sebagai penyiar segala ucapan dan permintaan daripada Farisian untuk Farisian. Ucapan buat guru, buat rakan taulan dan sebagainya akan disiarkan sepantas kilat....! Demi Farisian semua. Senang sahaja.., masukkan segala ucapan yang penuh kreatif itu ke dalam FB cikgu dan insya-Allah, cikgu akan siarkan dengan seberapa segera...!

    JANGAN LUPA.... insan yang dihormati, yang disayangi.... sedang menunggu dengan penuh pengharapan...!!



    KLATE GOMO SELANGOR 1 - 0...!


    Jersi Umbro Kelantan 2011
    Jersi yang digeruni lawan
    KUALA LUMPUR - Rekod tanpa kalah Selangor dalam perlawanan persahabatan keempat pramusim Piala Malaysia 2011 dileburkan Kelantan 1-0 kelmarin dengan ketumpulan penyudah begitu ketara terpapar di Stadium Shah Alam.
    Ia sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka yang menyebelahi pelawat sepanjang tahun ini selepas Selangor kalah 0-2 dan 0-1 dalam Liga Super dan disingkirkan pada separuh akhir Piala FA secara agregat 6-2 (kalah 5-1 dan 1-1).

    Sumber: Utusan Online, 19/8/2011

    MOTO BAHARU...!


    Good to Great diubah...!
    "BERSAMA-SAMA MELESTARIKAN FARIS NO. 1"
    Begitulah bunyinya moto baru SMS. Tengku Muhammad Faris Petra dalam meneruskan tanggungjawab melahirkan aset negara yang terbilang. Moto baharu ini merupakan buah tangan pertama Tuan Pengetua baharu Faris Petra, Tuan Haji Syaffie bin Awang.

    Thursday, August 18, 2011

    TEAM FARIS PETRA MENANG RM22 000...!



    Team Faris Petra bersama-sama Pengetua dan Mama Chan...!
    Alhamdulilah kami berjaya dpt no 2 dalam pertandingan video itnm peringkat kebangsaan tu..semuanya thanx atas usaha kita Mohamad Ikhmal Haziq Mustopha Lyna Fyqa dan Ù†ÙˆØ± العين ....kami berjaya bwk pulang RM 7000.00 utuk skolah dan RM 15000.00 untuk kami sendiri serta trofi dan 100 buah buku sains.. syukur alhamdulilah.....


    (Luahan kegembiraan Mohamad Ikmal - FB)

    Tahniah buat team Faris Petra...!

    SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM