FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, August 17, 2011

FARISIAN BATCH 2005 - 2009...!

MAKLUMAN ALUMNI...!


Mat Kamil Awang
MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA
Dengan sukacitanya kami AJK Alumni SMSTMFP ingin menjemput para bekas pelajar SMSTMFP untuk ke Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Alumni di Kota Bharu seperti berikut:

1. Tarikh: 20hb Ogos 2011
2. Majlis Tahlil bermula pukul 6:30petang
3. Tempat: Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan
4. RM30 seorang

Untuk urusan menentukan kehadiran sila hubungi En. Supran, AJK Alumni SMSTMFP di talian 013-9287989.

Sekian Terima Kasih
Ir. Mat Kamil Awang
Presiden Alumni

KLATE BENAM KL 5 - 0...?

AZAMMUDDIN (kiri) menjalani latihan bersama rakan baru di Kota Bharu. Keserasiannya bersama peledak tempatan melegakan Red Warriors.
Penyerang pinjam serasi dengan Mat Yo 
WATAK garang dijelmakan trio penggempur dalam siri persahabatan, baru-baru ini mula meyakinkan Datuk M Karathu betapa juara bertahan, Kelantan sudah menemukan jentera serangan yang harus berfungsi baik dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.
Kelibat dua penyerang yang dipinjam dari Pahang – Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran bersama tonggak skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dalam siri persahabatan membuat ketua jurulatih Red Warriors bertambah lega.
“Mereka ialah pemain berpengalaman. Tidak menjadi masalah kepada mereka mencari keserasian dalam pasukan baru disertai, malah mereka memberi tanda positif ketika ini. 

“Dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur Azammuddin dan Surendran masing-masing menjaringkan satu gol membantu pasukan. Apa lebih menggembirakan Mat Yo (Norshahrul) sudah dapat diturunkan selepas berehat panjang akibat kecederaan,” katanya, semalam. 

Kelantan membuka kempen menentang Sarawak dalam saingan Kumpulan C pada 6 September ini di Kuching. 

Sumber: Berita Harian Online, 17/8/2011

LAWATAN KERJA TIM. KPPM...!

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN TKPPM...!

Tanggal 22 Ogos 2011 bersamaan dengan 22 Ramadan 1432 akan berlangsung satu lagi majlis penting kepada warga Farisian. Majlis yang dimaksudkan ialah majlis berbuka puasa bersama-sama Tuan Haji Syufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara tentatif majlis tersebut ialah:-

  • 5.45 petang   : Pelajar mengambil tempat di Dewan Gemilang
  • 6.00 petang   : Ketibaan Tim. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  •                      : Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
  •                      : Ucapan dan amanat VIP
  •                      : Majlis tahlil
  • 7.05 petang   : Pelajar serta guru ke Dewan Makan
  • 7.15 petang   : VIP mengambil tempat di Dewan Makan
  • 7.28 petang   : Majlis Berbuka Puasa
  • 7.50 petang   : Solat Maghrib di Masjid SEMESTA
  • 8.30 malam   : VIP, guru dan pelajar solat Isyak dan Terawih
  • 9.50 malam   : Majlis Bersurai


Tuesday, August 16, 2011

SALAM DARI KMKN...!




Fatimah Muhd
Faris Petra: 2006 - 2010 (5A, 4A, 3A, 2A dan 1B)
Kolej Matrikulasi Kuala Nerang: 2011
Anak buah hoki cikgu
Timah "sakit perut lagi?" Tokleh nok terus ko? Pah sapa nok ganti?

Sunday, August 14, 2011

ANAK SAPO NI...!


Dalam dorm 1998...!

3 Lambda 1997...!

Macam anak dara 60-an...!

Bercanda di gelanggang ....!

Foto daripada Laila Abdul Rahman

SIAPAKAH GERANGAN...?


Graduasi bila ni...? Raso supo kenal...! Amirah? Ayuni?....

Saturday, August 13, 2011

SELAMAT DATANG KJ...!

SAMBUTAN HEBAT DI SMK LONG GHAFAR...!







KJ dan Tn. Hj. Shaffie (Pengetua Faris)

Begitu besar harapan warga SMK Long Ghafar terhadap Pengetua baru mereka. Hal ini terjelma melalui sambutan yang begitu hebat...!

REUNION FARISIAN...!

Aidilfitri semakin dekat. Sudah pasti ramai bekas Farisian yang pulang bercuti ke Kelantan. Tak kiralah, masih belajar ataupun sudah bekerja, mereka sudah pasti pulang ke Kelantan, kerana ingin menyambut kemeriahan Aildilfitri bersama-sama keluarga tersayang. Yang tinggal di Kelantan pun sama. 

Kebiasaannya apabila Farisian balik kampung, kebetulan pula cuti Aidilfitri, semestinya akan ada majlis 'reunion' yang meriah antara mereka. Kelmarin, cikgu sudah mendapat undangan daripada Farisian batch (?) yang akan mengadakan reunion mereka di Faris Petra pada hari raya ketiga. Lepas ini pasti ada lagi reunion-reunion yang lain?

Untuk kemudahan Farisian sekalian, cikgu bersedia menjadi perantara untuk mengkhabarkan reunion yang dirancang melalui blog cikgu ini. Masukkan sahaja berita reunion yang dirancang itu ke FB cikgu, insya-Allah cikgu akan umumkan segera. Tanpa apa-apa bayaran.... ikhlas, demi Farisian yang diingati...!!!

Secebis foto reunion Farisian....!

"Faris Petra senantisa di hati"

Friday, August 12, 2011

SALAM DARI UiTM SHAH ALAM...!



Afiqah Ab. Rahman
Faris Petra: 2000 - 2004
Kolej Mara Kulim: 2005
UiTM Shah Alam: 2009 - Degree in Applied Chemistry (Hons)
UiTM Shah Alam: 2011 - Master in Science (Radiochemistry)

NAMA FARIS PETRA TETAP KEKAL...!


Bergambar kenangan di Stadium Hoki Kuantan
Ramai sangat Farisian bertanyakan cikgu tentang gelaran baru 'SM Farris'! Lelah cikgu nak menjawabnya. Kes ini sebenarnya timbul apabila berita tentang kejayaan kita menjuarai Kejohanan Hoki SBP Zon Timur di Kuantan pada bulan Mei dulu. Berita yang berbunyi 'SM Farris Tunjuk Belang' di Harian Metro ketika itu merupakan kesilapan pemberita yang secara tidak sengaja mengeja seperti itu. Kemungkinan kesilapan pihak tuan rumah iaitu SBPI Kuantan yang menggunakaan nama SM Farris di papan 'scoreboard' Stadium Hoki Kuantan mempengaruhi tanggapan pemberita Harian Metro?
Sebenarnya nama keramat sekolah kita tetap sama... SMS Tengku Muhammad Faris Petra atau Faris Petra.

Gomo Faris Petra Gomo....!!!

Thursday, August 11, 2011

MESYUARAT MAC 2011...!

Menyuarat AJK Induk Majlis Anugerah Cemerlang (MAC)ke-36, Bil (1) 2011  
  • Tarikh    : 11 Ogos 2011
  • Masa     : 1.30 petang
  • Tempat  : Bilik Gerakan
Agenda:-
  • Ucapan alu-aluan Pengerusi
  • Pengesahan pelantikan AJK
  • Hal-hal lain.

Y.B. Dr. Mohd Puad Zakarshi
Sebagai setiausaha MAC ke-36, cikgu ingin melaporkan bahawa mesyuarat itu berjalan mengikut perancangan dan seramai 14 orang pengerusi jawatankuasa kerja hadir bersama-sama Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Penolong Kanan HEM. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh awal MAC pada 25 Ogos 2011 terpaksa diubah kerana kekangan masa yang dihadapi oleh VIP yang diundang. Tarikh baru MAC mungkin akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Untuk makluman awal, VIP pada MAC pada kali ialah Y.B. Dr. Mohd Puad Zakarshi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.  

Wednesday, August 10, 2011

SALAM DARI UniKL...?

Hanif Alif


Hanif b. Alif
Faris Petra: 2005 - 2009
UniKL British Malaysian Institute - DET Medical Electronics

PERJUMPAAN MGC-PENGETUA...!

Ketika bertugas di SMK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu...
Perjumpaan MGC dengan Pengetua diadakan pada petang Rabu tadi (jam 1.45 petang) di Bilik Gerakan berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna. Dalam perjumpaan itu, Tuan Pengetua menyatakan harapan yang cukup tinggi dititipkan kepada semua Guru Cemerlang agar sama-sama membantu memperkasakan Faris Petra. Pengetua juga berharap agar semua GC melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan, sentiasa bekerjasama, berkongsi kepakaran untuk membentuk sebuah team yang benar-benar mantap.

SOKONGAN UNTUK PENGETUA...!

Mat Kamil Awang

Saya berbual dgn Pengetua Tn. Hj. Shafie selama lebih 1 jam pada 4 Ogos lepas. Caranya berlainan sikit daripada KJ. Semua warga Faris Petra akan dapat nikmati kebijaksanaan Tuan Pengetua yang baru . Persatuan Alumni dan saya sendiri menyokong penuh Tuan Pengetua Tn. Hj. Shafie.

  • Cetusan seorang bapa dan alumni Faris Petra

Tuesday, August 9, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011...!

Peperiksaan Percubaan PMR 2011 akan bermula pada pagi esok ( Rabu: 10 Ogos 2011 ). Peperiksaan Percubaan pada kali ini merupakan peperiksaan yang selaras bagi seluruh SBP.

'Selamat Menduduki peperiksaan'

TERIMA KASIH KJ...!

Malam 'High Table' sempena perpisahan bekas pengetua disusuli dengan acara penyampaian cenderamata oleh warga Farisian yang terdiri daripada para pelajar, guru, staf sokongan dan lain-lain.







Namum.... amat berat hati untuk meninggalkan Faris...!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM