FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, March 1, 2015

BACK TO SCHOOL 2015...!

Program "Kembali ke Sekolah" pelajar kelompok 9195 bertemakan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' menyasarkan murid Tingkatan 4 dan 5 sebagai kumpulan sasaran. Fokus utama adalah dari segi pembinaan semangat, karekter, peluang belajar, tajaan dan kerjaya. Alhamdulillah program yang dikendalikan pada 27 - 28 Februari dengan kerjasama Unit Kaunseling ini mendapat reaksi positif daripada pihak alumni 91- 95 dan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Wednesday, February 25, 2015

PENDAFTARAN F1/F4 2015...!

SELAMAT DATANG..!
25 Februari 2015 merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 ambilan kedua dan pelajar-pelajar tingkatan 4 baharu. Majlis pendaftaran ini bermula jam 8:30 pagi. Dijangka seramai 76 orang pelajar akan mendaftarkan diri pagi ini.

Wednesday, February 18, 2015

KELAS ABAD KE-21...!

FUTURE CLASS ROOM






Faris Petra kini dalam proses memperlengkapkan diri sebagai salah sebuah sekolah yang mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran moden dan berkonsepkan 'Kelas Masa Depan'. Melalui pelaksanaan Program MYPIB dan SGE, diharapkan usaha-usaha ke arah itu berjalan lancar.

Tuesday, February 17, 2015

NOR SAIFUL...!


Kenangan bersama dengan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini.

Monday, February 16, 2015

RAGBI JUARA KOTA BHARU...!


Pasukan ragbi bawah 18 tahun Faris Petra muncul  juara Perlawanan Ragbi MSSD Kota Bharu edisi 2015. Keputusan perlawanan yang melibatkan Faris Petra:-
  • Faris Petra vs SM Kota Bharu: 49 - 0
  • Faris Petra vs KVPC: 39 - 0
  • Faris Petra vs SM Pengkalan Chepa: 35 - 0
  • Faris Petra vs Maktab Sultan Ismail: 31 - 0 (Separuh Akhir)
  • Faris Petra vs MRSMPC: 10 - 0 (Akhir)

Sunday, February 8, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015...

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar 2015 telah disempurnakan oleh wakil  Yang Dihormati Ketua Polis Negeri Kelantan iaitu Dato' Rosli bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan di Dewan Sultan Muhammad V jam 7.40 pagi. 
















Thursday, February 5, 2015

PROGRAM TERDEKAT...!


  • Merentas Desa Peringkat MSSD Kota Bharu - 7 Februari 2015
  • Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar - 8 Februari 2015
  • Mesyuarat JK Graduasi 2015 - 8 Februari 2015

Tuesday, February 3, 2015

MAKLUMAN SEGERA...!

  • Bersempena dengan Lawatan Kerja Pengarah BPK pada pukul 11.00 pagi ini, semua Penolong Kanan, Guru Kanan, Assist. IB dan SU IB diminta ke Bilik Gerakan. Semua guru lain diminta bersedia untuk pemantauan PdP di kelas masing-masing. 
  • Semua Pengurus Program Modal Insan SGE diminta menghantar laporan berserta gambar aktiviti kepada Penolong Kanan Pentadbiran di alamat: ahmad@smstmfp-edu.my dengan segera.

Sunday, February 1, 2015

HUSSIEN JUARA MERENTAS DESA...!

Kejohanan Merentas Desa ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari 2015. Kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori itu telah dimenangi oleh rumah Hussien. Keputusan keselurunan ialah:-
  1. HUSSIEN
  2. RAZAK
  3. RAHMAN
  4. MAHATHIR

PENGETUA BAHARU FARIS...!

Agak lewat cikgu nak mengumumkan bahawa warga Faris Petra telah mendapat bos baharu, En. Mohd Razuki bin Sulaiman menggantikan Tn. Haji Shafie Awang. Pelantikan En. Razuki sebagai Pengetua baharu SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, boleh diibaratkan sebagai belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk. En. Razuki yang pernah bertugas di bumi Faris Petra sedikit masa dahulu pernah menjawab jawatan pengetua di beberapa buah sekolah, dan yang terakhirnya ialah Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.
Semoga kedatangan beliau ke bumi Faris ini akan kembali meletakkan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra sebagai salah sebuah SBP elit yang disegani dan cemerlang dalam segala lapangan.

Thursday, January 29, 2015

MERENTAS DESA 5...!

Kejohanan Merentas Desa ke-5 akan berlangsung pada 1 Februari 2015, jam 8:30 pagi. Kejohanan yang terbahagi kepada tiga kategori ini akan melibatkan semua ahli rumah pasukan.
Foto acara merentas desa sebelum ini...

Monday, January 12, 2015

'40 YEAR REUNION CLASS OF 75'

PROGRAM '40 YEAR REUNION CLASS OF 75'
TARIKH: 18 JAN. 2015
MASA: 10:00 pagi - 13:30 petang

VIP:-
YB Datuk Hamim Samuri 
Timb. Menteri,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YBhg. Dato Dr Siiti Noriasiah Ismail
Ketua Pengarah LPPKN

Dr. Ismail Mat Zain
Datuk Shahlan Ismail.

BANTUAN AWAL RM100...!

MAJLIS PENYERAHAN
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
15 JAN. 2015 (KHAMIS)
2:30 PETANG

PENDAFTARAN TG.1 2015...!

MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN 1
AMBILAN 1/2015
TARIKH: 13 JAN. 2015
MASA: 9:00 PAGI

Friday, January 9, 2015

UST. HIM PK HEM...!


Tahun 2015 merupakan tahun yang menggembirakan warga Farisian. Di samping akan mendapat Pengetua baharu, Faris Petra juga mendapat perkhabaran baharu, iaitu pelantikan Ustaz Ibrahim sebagai PK Hem baharu menggantikan Ustaz Saiful, 
Tahniah Ustaz Him,
"Memperkasakan HEM, memartabatkan Farisian".

Sunday, December 21, 2014

KEPUTUSAN PT3 - 22 DISEMBER 2014...!

Keputusan PT3 2014 akan dikeluarkan pada 22 Disember 2014. Semua guru yang mengajar Tg. 3 diminta hadir untuk proses penyerahan slip dan sijil-sijil lain kepada para calon. Majlis penyerahan slip keputusan dan sijil-sijil akan berlangsung di Dewan Mahadzir Hashim, bermula jam 9:30 pagi.
Harap maklum.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM