FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, September 21, 2014

LENSA HOKI DI BALI 2014...!

Kunjungan team hoki Faris Petra ke bumi Bali merupakan salah satu aktiviti pengantarabangsaan sukan etos sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2014. Kunjungan yang bermula pada 5 September dan berakhir pada 8 September tersebut mengandungi dua tujuan utama iaitu, menyertai Kejohanan Hoki 6 sebelah antarabangsa Bali serta lawatan ke sebuah sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa Dyatmika, Bali bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala terutamanya dalam sukan hoki. 

Sunday, September 7, 2014

INTERNATIONAL BALI HEALING 2014...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ketiga bapak dan anak-anak pemain hoki berada di bumi Bali. Nggak ada peluang lagi berjalen-jalen ya. Masih sibuk di lapangan. Hari ini hari kedua kejohanan Hoki 6 Sebelah Antarabangsa Bali dan pasukan bapak, alhamdulillah telah muncul juara kumpulan dan akan berentap pagi ini dengan pasukan ISCI( Kelab Hoki Indonesia) - pemainnya 80% terdiri daripada Mat Saleh yang rata-ratanya bekas pemain negara masing-masing di semi-final. Kelmarin, pasukan bapak telah berjaya menewaskan satu lagi pasukan ISCI dengan keputusan 1 - 0.
Hari ini jadualnya sibuk bangat.
Keputusan perlawanan kelmarin (6/9/2014):-
  • Faris Petra vs UPAD (Universiti Panjamaran): 3 - 1
  • Faris Petra vs Surabaya: 1 - 1
  • Faris Petra vs ALUMNI (bekas pemain Indonesia): 0 - 1
  • Faris Petra vs ISCI A: 1 - 0
Separuh Akhir
  • 10:25 am: Faris Petra vs ISCI B

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM