FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, August 31, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...!

Selamat Hari Merdeka ke-57 buat pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia semua. Semoga kita semua terus makmur dan sejahtera.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!!
 

Tuesday, August 26, 2014

PENTAKSIRAN PISA FASA 3 2014...!

TARIKH
WAKTU
KELAS
KOD
NAMA KERTAS
MASA
J/KERTAS

RABU
3/9/2014
8:00 – 9:00
TG.3
PM
Pentaksiran Literasi Math
1 jam
Bertulis
9:15 – 10:15
TG. 3
PS
Pentaksiran Literasi Sains
1 jam
Bertulis
10:45 – 11:45
TG. 3
PBM
Pentaksiran Literasi Bacaan
1 jam
Bertulis

Sunday, August 24, 2014

PERSARAAN CIKGU GHAZI-CHE RAMLI...!

 Patah tumbuh hilang berganti. Yang pasti tahun ini warga guru lelaki Faris Petra kehilangan dua orang guru lelaki yang cukup hebat dan berpengalaman. Semakin kuranglah spesies yang dah pun kurang...! (24 Ogos 2014)

Saturday, August 23, 2014

PERSARAAN CIKGU GHAZI DAN CHE RAMLI...!

Malam ini akan berlangsung Majlis Jamuan Makan High Table sempena persaraan dua orang guru senior atau boleh digelar 'Sifu' iaitu Cikgu Che Ramli (GC Kimia) dan Tn. Hj. Mohd Ghazi (Guru Biologi). Majlis ini akan berlangsung jam 8:15 malam di dewan makan sekolah.

PESERTA PROGRAM SBT MASIH DI SINGAPORE...!


Friday, August 22, 2014

MENTOR-MENTEE RAYA...!

PROGRAM MENTOR-MENTEE RAYA
  • TARIKH: 23 OGOS 2014 (SABTU)
  • MASA: 7:40 - 8:20
  • ROLL CALL DI ASRAMA
  • Sambutan Hari Raya bersama Mentor-mentee di dorm
  • Jadual pembelajaran hari Ahad

Wednesday, August 20, 2014

PERFECT SCORE SUBJEK TERAS 2014...!

PROGRAM KEM AKADEMIK 'PERFECT SCORE' 
KECEMERLANGAN SPM 2014 BAGI SUBJEK TERAS
  • TARIKH:  25 - 27 OGOS 2014
  • TEMPAT:  AURA TRAINING CENTRE, BACHOK.
  • PELAJAR:  168 orang

* Program SBT.

Sunday, August 17, 2014

FARIS JUARA FORUM NEGERI 2014...!

Faris Petra sekali lagi muncul johan Kelantan dalam Pertandingan Forum Remaja 2014 yang berlangsung di SMK Kuala Balah pagi tadi. Tahniah Cikgu Muhammad dan peserta forum Faris Petra.

Saturday, August 16, 2014

ANAK CIKGU DAH KAHWIN...!

Minggu sibuk dan tegang telah berlalu. Pertembungan Program FRSIS 2014 dengan majlis perkahwinan anak perempuan cikgu menjadi kelam-kabut. Nak jadi cerita lagi, dalam sibuk-sibuk tersebut, cikgu dihimpit lagi dengan dua mesyuarat JU MBMMBI dan mesyuarat PT3 yang menjadi pembuka dan penutup minggu sibuk cikgu.
Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Foto kenangan majlis perkahwinan bersama dengan guru-guru Faris dan rakan-rakan Farisian...























Sunday, August 10, 2014

UJIAN MENDENGAR PT3 2014...!


PT3 2014
UJIAN MENDENGAR
  • TARIKH: 12 OGOS 2014
  • JAM: 9:00 PAGI (MASA: 30 MINIT)
  • TEMPAT: DEWAN MAHADZIR HASHIM
Semua calon PT3 dikehendaki berada di dewan pada pukul 8:45 pagi.

Sunday, August 3, 2014

SPM SETARA SBP 2014 BERMULA...!

Isnin 4 Ogos 2014 merupakan hari pertama Peperiksaan Percubaan Setara SPM SBP seluruh negara. Kertas peperiksaan yang diduduki pada pagi ini ialah Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2.

LELAKI TERAKHIR FARIS...!


Cikgu Azaman, Cikgu Rasdi, Cikgu Izani, Cikgu Radzuan, Cikgu Aris Pazilah dan Bapak Azemi....

JIWA CIKGU...!


Jika dilihat kepada aksi-aksi guru Faris di dalam foto di atas, rasa-rasanya majlis apakah yang sedang berlangsung? Kenalkah Farisian siapakah guru-guru tersebut? Ada semacam Tok Arab saudagar minyak, hero Bollywood, Papa Rock, mualaf dan yang di tepi sekali tu, ada iras-iras  Ustaz Harun Din! Cuba namakan guru-guru berkenaan dan majlis apakah yang dimaksudkan?

Saturday, August 2, 2014

AIDILFITRI 2014 DI FARIS...!

Setelah bercuti sempena Aidilfitri selama beberapa hari, warga Farisian sekali lagi akan mengadakan majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah pada 3 Ogos 2014. Majlis akan bermula dengan sambutan yang diadakan di Dewan Sultan Muhammad V, kemudian diikuti dengan jamuan kelas dan jamuan rasmi di dewan makan. 
Tentatif majlis tersebut:-
  • 07:30 pagi - Sambutan rasmi di Dewan Sultan Muhammad V
  • 09:00 pagi - Jamuan Hari Raya di kelas
  • 10:30 pagi - Jamuan rasmi di Dewan Makan
  • 11:00 pagi - PdP berlangsung seperti biasa

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM