FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, March 30, 2014

PROGRAM 30 MAC-3 APR...!

TARIKH
MASA
PERKARA
GURU BERTUGAS
AHAD
30 MAC 2014
7.30 AM
3.00 PM
PERHIMPUNAN MINGGUAN
KELAS TUTORIAL SPM


EN MOHAMAD AZEMI
CIK FAUZIAH
EN CHE RAMLI
HJH SUZHANA
PN MAZINAH
ISNIN
31 MAC 2014
8.30 AM
3.00 PM
MESYUARAT PENGURUSAN
KELAS TUTORIAL SPM
SELASA
1 APRIL 2014

1.20 PM

MESYUARAT  POST MORTEM SPM
RABU
2 APR 2014

7.30 AM
HARAGAM
KHAMIS
3 APR 2014
8.30 PM
2.00 PM
PROGRAM PERFECT SCORE (II)
(6 – 8 APRIL)

Monday, March 24, 2014

Saturday, March 22, 2014

LENSA ANUGERAH CEMERLANG 2014...!

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014

  • TARIKH: 6 MAC 2014
  • LOKASI: DEWAN SULTAN MUHAMMAD V
  • VVIP: YB DATUK Ir. HAJI HAMIM BIN SAMURI (Alumni)




























Friday, March 21, 2014

FARIS PETRA DI MANA...?


Faris Petra GP-nya ialah 1.88

CEMERLANG SPM 2013...!


Sebahagian daripada 27 orang yang mendapat 'straight A's'
Tahniah atas kejayaan anda semua....

PROG. KEJURUTERAAN LUAR NEGARA...!


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan untuk program kejuruteraan di Jerman, Perancis, Jepun dan Korea untuk tahun ini kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. 


JPA, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my mulai esok sehingga Khamis, 27 Mac. 
"Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja mulai 9 pagi hingga 4.30 petang atau melalui emel penawaranlsp@jpa.gov.my," katanya. 
 Pemohon digalakkan menyemak status terkini permohonan di laman web www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my 
Keputusan SPM 2013 yang diumumkan hari ini menunjukkan seramai 13,970 calon memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus. 
Seramai 405 calon pula berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Thursday, March 20, 2014

ANALISIS AWAL SPM 2013...!


Faris Petra kekal berada di kedudukan pertama negeri setelah memperoleh gred purata sekolah 1.88 meninggalkan pesaing terdekat SMS Pasir Puteh GP 1.91, SMKA Naim Lilbanat GP 1.98 dan SMS Machang GP 2.95. Seramai 27 orang calon memperoleh 9A namun yang sedikit mendukacitakan ialah tiada seorang calon pun yang memperoleh semua A+ sama ada 10A+ ataupun 9A+. Setakat ini cikgu diberitahu terdapat beberapa orang calon yang memperoleh 9A+ dengan 1A.
Seramai 179 orang calon yang menduduki SPM 2013. Di bawah ialah GP bagi subjek yang diambil.
  1. Pendidikan Moral - 0.00
  2. Matematik - 0.30
  3. Sejarah - 0.65
  4. Pendidikan Seni Visual - 0.91
  5. Bahasa Melayu - 0.94
  6. Pendidikan Islam - 0.94
  7. Prinsip Akaun - 1.10
  8. Matematik Tambahan - 2.26
  9. Bahasa Inggeris - 2.32
  10. Biologi - 2.79
  11. Fizik - 2.84
  12. Kimia - 4.08

Tuesday, March 18, 2014

PT3 GANTI PMR..!


Sah PMR dan PBSMR digantikan dengan PT3. Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa peperiksaan PMR dan PBSMR akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) melalui pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia.

" PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran ScienceMathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan."
Kini, kita masih tertunggu-tunggu bentuk format soalan bagi subjek-subjek PT3 tersebut terutamanya bagi subjek yang mengandungi ujian bertulis. Memandangkan tarikh peperiksaan PT3 yang dijangka akan berlangsung pada awal September atau Oktober ini, guru-guru dan pelajar perlu diberikan maklumat yang segera dan tepat agar persiapan rapi dapat dilakukan.

PROGRAM BURSARY SPM 2013...!

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN 2014

17 March 2014
PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN 2014
 Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.
  1. Bursary KPM ditawarkan secara automatik kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.
  1. Program persediaan yang boleh diikuti pelajar seperti berikut:
  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  2. Matrikulasi
  3. Asasi di IPTA  
  4. International Baccalaureate
  5. A-Level
  1. Syarat-syarat penajaan
  1.  Syarat-Syarat Umum
  • Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM Tahun 2013;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.
  1. Syarat-Syarat Khusus
  • Mengikuti salah satu program persediaan yang ditetapkan berikut:
  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  2. Matrikulasi
  3. Asasi di IPTA
  4. International Baccalaureate
  5. A-Level
  • Mengikuti pengajian peringkat persediaan di Institusi Persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.
  1. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan dan elaun berikut:
  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.
 SISTEM APLIKASI ONLINE BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM TAHUN 2013 KPM AMBILAN TAHUN 2014 AKAN DIBUKA PADA PUKUL 10 PAGI KEESOKAN HARINYA SELEPAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2013 DIUMUMKAN.

RESULT SPM 2013 ONLINE...!

Monday, March 17, 2014

RESULT SPM 2013...!



KEPUTUSAN SPM 2013
Calon-calon SPM 2013 pasti tidak sabar-sabar lagi menunggu ketibaan hari Khamis, 20 Mac 2014 kerana pada hari itu akan diumumkan keputusan SPM yang menjadi titik tolak mereka meneruskan perjuangan mengejar impian masing-masing. Bagi calon Faris Petra pula, mungkinkah keputusan SPM 2013 menjadi yang terbaik dalam sejarah? Mungkinkah Faris Petra kekal menjuarai di peringkat negeri dan di kedudukan berapakah dalam kalangan SBP? Perasaan berdebar-debar semakin menguasai diri, dan yang pastinya bukan pelajar sahaja yang tak lelap tidur, malah cikgu-cikgu Faris pun dah jadi macam cacing kepanasan.
Moga-moga keputusan SPM 2013 akan menggembirakan warga Farisian semua. Insya-Allah.

Memori indah... batch 2009-2013, ketika meraikan kejayaan cemerlang PMR 2011.

Sunday, March 16, 2014

AKTIVITI 16/3...!


AKTIVITI 16/3/2014:-
  • PEPERIKSAAN PENGGAL 1 F4 & F5
  • PENTAKSIRAN SUMATIF 1/2014 (F1, F2 & F3)
  • MESYUARAT GRADUASI
  • KELAS TUTORIAL F3 & F5

Saturday, March 15, 2014

BLOG PRS...!


Alamat Blog PRS Faris Petra:
                        http://prsfarispetra.blogspot.com/

MAJLIS GRADUASI 2014..!


Majlis Graduasi 2013
MAJLIS GRADUASI 2014
  • TARIKH: 28 APRIL 2014 (ISNIN)
  • MASA: 2 PETANG
  • TEMPAT: DEWAN SULTAN MUHAMMAD V
  • PELAJAR SPM 2013 DAN IBU BAPA DIJEMPUT HADIR
PERINGATAN:-
  1. Pakaian rasmi bagi graduan lelaki - Baju Melayu lengkap dan berkasut hitam.
  2. Pakaian rasmi bagi graduan perempuan - Baju kurung bertudung bawal pink dan berkasut hitam.
  3. Calon-calon SPM 2013 dikehendaki hadir pada pukul 9.00 pagi pada 20 Mac 2013 (Hari keputusan SPM 2013 diumumkan) untuk TAKLIMAT AWAL MAJLIS GRADUASI 2014
  4. Jawapan/maklum balas kehadiran bagi kedua-dua majlis iaitu Majlis Santapan D'raja dan Majlis Graduasi hendaklah dimaklumkan pada 20 Mac 2014.

SANTAPAN D'RAJA...!


MAJLIS SANTAPAN D'RAJA
Majlis Santapan Malam kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan berlangsung sepertimana di bawah:-
  • TARIKH: 27 APRIL 2014
  • HARI: AHAD
  • MASA: 8 MALAM
  • TEMPAT: HOTEL RENAISSANE, KOTA BHARU.
  • PAKAIAN: LELAKI - BAJU BATIK; PEREMPUAN - BAJU KURUNG BATIK
  • JEMPUTAN: SEMUA PELAJAR SPM 2013 DIJEMPUT HADIR.
* PENGINAPAN DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR YANG MEMERLUKAN.

CIKGU HAMID PULANG KE RAHMATULLAH...!


Cikgu Hamid ketika mendapat rawatan di Hospital Pasir Puteh.
Al-Fatihah...
Cikgu Hamid Mamat telah meninggal dunia pagi ini di Hospital Pasir Puteh. Cikgu mendapat info daripada Cikgu Kamaruzaman setelah beliau mendapat makluman daripada Cikgu Wan Razali, seorang lagi bekas cikgu Faris yang kini bertugas di SMS Pasir Puteh.
Apa-apa pun, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas rohnya, semoga ditempatkan oleh Allah dalam kalangan orang yang mendapat keberkatan daripada-Nya. Amin.

DOA BUAT MH370...!


Tadahkan tanganmu memohon keselamatan buat MH370...

Wednesday, March 12, 2014

CIKGU HAMID DI HOSPITAL...!


Cikgu Hamid Mamat
Cikgu terbaca kisah bekas cikgu Faris Petra di FB yang kini dirawat di Hospital Pasir Puteh kerana penyakit kencing manis. Beliau ialah Cikgu Hamid Mamat, bekas warden dan Guru subjek Bahasa Melayu Faris Petra. Beliau sekarang bertugas di SMS Pasir Puteh.
Kepada Cikgu Hamid, terus bersabar menempuh ujian Allah dan kita semua doakan agar cikgu cepat sembuh.

DUA WAKILI NEGERI...!

Dua bintang hoki Faris Petra terpilih menjalani latihan pasukan bawah 16 tahun perempuan negeri yang bermula pagi tadi. Mereka ialah Era Fazira Mohd Sohaidi dan Siti Nur Irliana Mohd Nasir. Diharapkan mereka berdua dapat mempamerkan kehebatan masing-masing dan seterusnya dapat mewakili negeri Kelantan.
Siti Nur Irliana (kanan cikgu), Era Fazira (tiga dari kiri cikgu)

Monday, March 10, 2014

AKTIVITI MINGGU 9 - 15/3...!

AKTIVITI MINGGU 9 - 15/3/14:-

09/03/14 (Ahad)
  • Perhimpunan Mingguan
  • Mesyuarat JK Graduasi
  • Kelas Tutorial SPM/PMR
10/03/14 (Isnin)
  • Mesyuarat Pengurusan
  • Kelas Tutorial SPM/PMR
11/03/14 (Selasa)
  • Kelas Tutorial
12/03/14 (Rabu)
  • HARAGAM
  • Ceramah Kesihatan
13/03/14 (Khamis)
  • -
15/03/14 (Sabtu)
  • Persekolahan Ganti (Jadual Hari Selasa)




Sunday, March 9, 2014

TEAM LELAKI JUARA ZT 2014...!


BERITA TERKINI..
Berita terkini yang cikgu peroleh ialah pasukan bola keranjang lelaki keluar sebagai juara manakala bagi pasukan bola keranjang perempuan, kita di kedudukan naib johan selepas tewas kepada SMS Pasir Puteh di final. Kedua-dua buah pasukan bola keranjang Faris Petra layak ke peringkat kebangsaan.

Tahniah dan selamat berjuang di peringkat kebangsaan....

SAH DUA TEAM FARIS KE KEBANGSAAN...!


Team 2011..... memori
DUA TEAM FARIS KE FINAL
Setelah dua tiga hari tidak mengemaskinikan blog Faris-Petra.com kerana membawa ahli Kelab Fotografi ke Langkawi iaitu pada 6 - 8 Mac 2014, warga Farisian sekali lagi mendapat berita gembira kerana kedua-dua buah pasukan bola keranjang berjaya melangkah ke final dalam Hari Kecemerlangan SBP Zon Timur, yang berlangsung di SMS Pasir Puteh.
Penentuan juara dan naib juara Zon Timur akan dapat diketahui pada pagi ini. Pasukan bola keranjang perempuan akan berhadapan dengan tuan rumah manakala pasukan lelaki kita akan membuat penentuan dengan pasukan dari SMS Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Wednesday, March 5, 2014

LADAP 3/2014...!


LADAP BIL. 3/2014
  • TARIKH: 8 MAC 2014 (SABTU)
  • MASA: 8.30 - 11.00 PAGI
  • LPKASI: DEWAN PUSAT SUMBER BAHARU (DEWAN SERI RAHMAH)
  • PENCERAMAH: PEGAWAI YaPEIM

Tuesday, March 4, 2014

ATUR CARA MAC 2014...!


Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2014 akan berlangsung pada 6 Mac 2014, bermula jam 8.30 pagi dan yang istimewanya majlis pada kali ini ialah VVIP-nya merupakan bekas pelajar Faris Petra sendiri. Beliau ialah YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri.
ATUR CARA

8.30 pagi               Pendaftaran

9.00 pagi               Pelajar dan Ibu bapa mengambil tempat
                                di Dewan Sultan Muhammad V

9.30 pagi               Ketibaan Tetamu Kehormat
                                YB Datuk Ir. Haji Hamim b Samuri; PJN, KMN. PPN.
                                Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

9.35 pagi               Nyanyian lagu “NEGARAKU”
                                 Persembahan ‘SELAMAT DATANG’ oleh Kumpulan Dikir Barat dan                                                                                   Gamelan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
                                Tayangan Slaid

                                Bacaan Doa

                                Ucapan alu-aluan oleh
                                Y.Brs. Tn Hj Shaffie b Awang
                                Pengetua Cemerlang
                                SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

                                Ucapan oleh
                                Y.Brs. Tn Hj. Hasnan b Abdullah
                                Y.DiPertua PIBG SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

                                Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
                                YB Datuk Ir. Haji Hamim b Samuri; PJN, KMN, PPN.

                                Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

                                Upacara Penyampaian Anugerah Cemerlang Kali ke-39
                                Disempurnakan oleh
                                YB Datuk Ir. Haji Hamim b Samuri; PJN, KMN.,PPN.

                                Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

                                Penyampaian Cenderamata
                               
                                Perasmian Studio Galeri Faris Petra

                                Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38


1.00 ptg                 Bersurai

Monday, March 3, 2014

FARIS PETRA - SSP...!

Cikgu mendapat berita yang memaklumkan bahawa Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2014 akan diadakan seawal bulan April, tidak seperti yang terdapat dalam takwim SBP iaitu pada bulan Ogos. Tuan rumah edisi kali ini ialah KISAS. Undian kumpulan yang telah dibuat nampaknya akan mempertemukan lagi Faris Petra dengan Sekolah Seri Puteri. Jika edisi lepas, kedua-dua buah pasukan ini telah bertarung di peringkat separuh akhir dan Faris Petra tewas tipis dengan jaringan satu kosong. Adakah edisi 2014 ini, merupakan edisi balas dendam?
UNDIAN KUMPULAN
KATEGORI LELAKI
KUMPULAN A
KUMPULAN B
A1  STAR
B1  KISAS
A2  SMS JOHOR
B2  SDAR
A3  SERATAS
B3  SMS SELANGOR
A4  INTESABER
B4  SMS KUBANG PASU
A5  SMS MACHANG
B5  SMS TG MUHD FARIS PETRA
 KATEGORI PEREMPUAN
KUMPULAN P
KUMPULAN Q
P1  SSP
Q1  KISAS
P2  INTESABER
Q2  SMS JOHOR
P3  SERATAS
Q3  SMS KEPALA BATAS
P4  STF
Q4  SMS SELANGOR
P5  SMS TG MUHD FARIS PETRA
Q5  SMS MACHANG

Saturday, March 1, 2014

LEGASI HOKI FARIS...!
















































Hoki SBP ZT 2008 di Kuantan
























Naib Juara Zon Timur dan Kebangsaan





















Naib Juara Zon Timur























Juara Zon Timur dan Separuh Akhir Kebangsaan




















































Naib Juara Zon Timur





















Johan Zon Timur dan ke-3 Kebangsaan
Naib Juara Champions School Kelantan 2008

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM