FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, January 31, 2014

PERINGATAN IB...!


PERINGATAN MESRA
Mohon kerjasama semua guru menyiapkan IB Online Aktiviti Workshop 6 dan 5 pada hari ini. Guru-guru dikehendaki mencetak semua hasil kerja bermula workshop 1 - 6 dan dihantar ke Bilik IB pada 5 Februari 2014 ini.

Harap maklum.

FARIS PETRA 2020...!


Anak ke-4, Nur Ariesya ke Faris Petra..?

Anak bongsu cikgu mungkin mengikut jejak kakak-kakak dan abangnya melanjutkan pelajaran ke SMS. Tengku Muhammad Faris Petra pada tahun 2020, Insya-Allah.
  1. Nur Anis Hanim - 2003
  2. Mohamad Azim - 2007
  3. Nur Aliya - 2010
  4. Nur Ariesya - 2020 ????

Wednesday, January 29, 2014

HIGHTABLE CIKGU MAIMUN...!

28 Januari 2014 telah diadakan majlis Hightable sempena perpindahan Cikgu Maimun ke SMS Machang. Cikgu Maimun merupakan Guru Sejarah yang berpindah ke sekolah baharu atas pilihan sendiri, semoga beliau sentiasa beroleh kejayaan.

Teristimewa..buat seluruh warga SMS Tengku Muhammad Faris Petra, terutamanya pihak pentadbir, rakan-rakan guru,staf sokongan dan anak-anak pelajar yang disayangi dan dirindui selalu..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas majlis perpisahan saya yang mana saya berasa sangat syahdu..sekali atas layanan dan majlis yang cukup bermakna buat saya dan akan sentiasa dalam lipatan kenangan yang akan menjadi satu memori yang cukup indah buat saya. Buat rakan-rakan guru , dan anak-anak pelajar yang pasti.... selepas ini saya  akan sentiasa merindui kalian semua.....abadi untuk selamanya...

Cikgu Maimun.

Tuesday, January 21, 2014

GURU: DARI SUDUT PELAJAR...!


Cikgu Sharifuddin: kiri kanan..... 'station master' KOT...!

Pengetua: saya sangat segera...!

Adik Ustaz Azhar Idrus...!

Serupa tapi tak sama...!

Ustaz Ibrahim: "kancil satu, kancil dua over" di sini ada seorang pelajar 'jump'...!

Empat jejaka sedang dilelong...

Berseri-seri... terutama amoi yang tengah tu...!

Pejam-pejam pun, kami sayang Malaysia...!

Jelingan manja Matematik...!

No... komen...!

S.J. Beng Faris...!

Calon Mak Datin....!

Tunggu bantuan banjir....!

Foto daripada fb Amzar(bekas jurufoto sekolah)

Sunday, January 19, 2014

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAI MESRA 2014...!

Perhimpunan rasmi pagi ini diadakan bersekali dengan majlis penutupan rasmi Minggu Suai Mesra Pelajar Tingkatan 1 sesi 2014. Majlis yang biasa tapi penuh bermakna kepada anak-anak pelajar tingkatan 1 kerana berjaya mengharungi pelbagai aktiviti sempena minggu tersebut. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh anak-anak pelajar tingkatan 1. 
Foto-foto tentang pelajar tg. 1 akan diupload kemudian.

Saturday, January 18, 2014

LAGI LENSA MAULIDUR RASUL 2014...!





































SEMAK PENEMPATAN GURU DPLI-SR 2014...!

SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH 

– SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) BAGI TAHUN 2014

16 January 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa GURU BAHARU LEPASAN DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH – SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) BAGI TAHUN 2014 yang telah diperaku boleh disemak di portal KPM mulai 16 Januari 2014 jam 6.00 petang ini sehingga 30 Januari 2014.
Tarikh penempatan adalah mulai 20 Januari 2014. Bagi guru yang ditempatkan ke negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, sila lapor diri di IPG Kampus Pendidikan Teknik pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Harap maklum.

Wednesday, January 15, 2014

CIKGU SAMBUT MAULUD...!























Dari kiri Cikgu Fadzil, Cikgu Aziman, Cikgu Kamarulzaman, Cikgu Muhammad Daud, Cikgu Azemi, Cikgu Azaman dan Cikgu Anuar

Tuesday, January 14, 2014

MAULIDUR RASUL 2014...!

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini amat berjaya dan seperti biasa kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar amat mengagumkan. Sambutan yang dimulakan dengan acara perarakan mengikut rumah sukan bermula jam 7.55 pagi dan tempat bermulanya ialah di pekarangan masjid Semesta. Perarakan yang melibatkan jarak hampir satu kilometer itu berakhir di dewan Sultan Muhammad V. Untuk lebih menjayakan sambutan, acara bercorak keagamaan ini diadakan dalam bentuk pertandingan antara rumah. Aspek-aspek yang dinilai ialah keseragaman pasukan perarakan, bena dan kain rentang, kehadiran guru rumah serta bacaan selawat oleh setiap pasukan rumah sukan. Pasukan rumah sukan yang bertuah dan dinobatkan sebagai juara ialah pasukan rumah Rahman.

Foto-foto daripada fb Cikgu Muhammad Daud

Monday, January 13, 2014

FARISIAN WAKILI MBPJ...!


Pemain bertaraf bintang Farisian (2008 - 2012) berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan hoki MBPJ yang turut bersaing dalam Liga Junior Kebangsaan 2014. Berdiri empat dari kiri Rasydan Rusli, merupakan penyerang dan pemain tulang belakang Faris Petra dalam era 2010 - 2012. Ketika dalam pasukan, Faris Petra muncul sebagai juara Kejohanan Hoki SBP Zon Timur 2011, ketiga negeri dan johan MSSD Kota Bharu. Kini saudara Rasydan sedang menuntut di UPM dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Tahniah Sede, cikgu bangga dengan kebolehan awak.


Rasydan paling kiri ketika meraikan kemenangan ke atas Anderson.....

Sunday, January 12, 2014

AKTIVITI MINGGU 3...!


AKTIVITI MINGGU KE-3
  • 12.01.2014 - Pendaftaran Kelab dan Persatuan : 1.25 petang
  • 12.01.2014 - Bermula Kelas Tutorial PMR dan SPM
  • 13.01.2014 - Pendaftaran Badan Beruniform : 1.25 petang
  • 13.01.2014 - Mesyuarat FERSIS : 2.15 petang
  • 14.01.2014 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah : 7.45 pagi
  • 15.01.2014 - Pendaftaran Kelab Sukan dan Permainan : 1.25 petang

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM