FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, September 30, 2012

MESYUARAT JC SPM 2012...!

MESYUARAT JK MALAM JC SPM 2012
TARIKH: 2 OKTOBER 2012
MASA: 1.30 PETANG
TEMPAT: BILIK GERAKAN.

Thursday, September 27, 2012

PROGRAM TERDEKAT PMR 2012..!

Beberapa program terdekat melibatkan pelajar-pelajar F3 yang akan menghadapi PMR tidak beberapa lama lagi telah disusunaturkan sepertimana berikut:-
  • 27 -29 September 2012: Program Sekolah Angkat SABK Darul Ulum
  • 30 September 2012: Program Rehat Minda PMR
  • 01 Oktober 2012: Jejak Cemerlang PMR
  • 04 Oktober 2012: Solat Hajat

Wednesday, September 26, 2012

KETIGA RANKING PMR SBP 2012...!

FARIS PETRA BERADA DI LANDASAN...
Adakah PMR 2012 Faris Petra dapat mencipta kejayaan yang lebih gemilang dalam kalangan SBP seluruh negara berbanding keputusan PMR 2011? Faris Petra menduduki tempat KEDUA SBP seluruh negara dalam PMR 2011. Semua SBP yang terkenal kita dapat atasi pada tahun tersebut kecuali SM Sains Hulu Selangor.

Bagaimana pula dengan nasib Faris Petra pada tahun ini? Kedudukan terkini berdasarkan analisis gred purata sekolah (GPS) Peperiksaan Percubaan PMR Selaras SBP 2012, Faris Petra masih berada di landasan yang betul. Faris Petra berada di kedudukan tempat ketiga di belakang Sekolah Tun Fatimah dan SM sains Tapah. Kedudukan 10 terbaik SBP merujuk kepada Peperiksaan Percubaan PMR Selaras SBP adalah seperti berikut:-

  1. SEKOLAH TUN FATIMAH
  2. SMS TAPAH
  3. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
  4. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH
  5. SBP INTEGRASI KUBANG PASU
  6. SMS HULU SELANGOR
  7. SMS SULTAN MAHMUD
  8. MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
  9. SBP INTEGRASI GOMBAK
  10. SMS LAHAD DATU


Tuesday, September 25, 2012

CIKGU RAMLI JALANI PEMBEDAHAN...!

GC KIMIA FARIS PETRA DI HUSM...
Cikgu GC Kimia, Che Ramli bin Che Ismail sedang dirawat di hospital HUSM, Kubang Kerian dan difahamkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan pada pagi ini (25 September 2012).

Warga Farisian sekalian,
Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau selamat menjalani pembedahan dan sihat kembali hendaknya.

WAKIL FORUM KEBANGSAAN...!


Pagi ini pasukan Forum Faris Petra yang dibimbing oleh Cikgu Muhammad bin Daud akan bertolak ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur membawa misi juara forum kebangsaan 2012. Pasukan yang muncul juara negeri ini dianggotai oleh Muhd Farid Abd Manaf (4 Alpha), Siti Natasha Mohd Firdaus (4 Alpha), Zarith Nellisa Zulkifli (4 Alpha), Alwileez Alip (4 Delta) dan simpanan Siti Nor Halimah Rasdi (4 Delta).
"Sistem Pendidikan Negara Mampu Melahirkan Modal Insan Minda Kelas Pertama" merupakan tajuk forum yang akan dipersembahkan oleh wakil Faris Petra itu nanti.

Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung pada 26 - 27 September 2012 di DBP itu akan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 


Monday, September 24, 2012

LENSA KOT (1) 2012...!

KOT ke-37 berlabuh tirai pada 15 September 2012. Rumah Mahathir seperti yang dijangka telah berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun lepas. Manakala Rahman berjaya membuat lompatan saujana meninggalkan kedudukan tercorot KOT edisi ke-36 dengan melakarkan kejayaan menduduki tempat kedua di belakang Mahathir. Kedudukan rumah sukan dalam KOT ke-37 adalah seperti berikut:-

  • JOHAN: MAHATHIR
  • N/JOHAN: RAHMAN
  • KETIGA: RAZAK
  • KEEMPAT: HUSSIEN
LENSA PERBARISAN KOT KE-37(2012)








Sunday, September 23, 2012

SOALAN NOVEL 2012...!


ANALISIS SOALAN NOVEL 2005 - 2011
TAHUN
ASPEK YANG DITANYA
2005
Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat
2006
Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan
2007
Contoh daripada pengajaran sikap saling membantu
2008
Latar tempat
2009
Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi
2010
Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi
2011
Contoh peristiwa perwatakan watak utama
2012
??????????

ANALISIS BM2 ( BAHAGIAN B )...!


ANALISIS SOALAN BAHAGIAN B (BM2)
TAHUN
ISU/TOPIK
2005
Kitar Semula
2006
Kebaikan Bergotong-royong
2007
Aktiviti Sempena Pesta Flora
2008
Kesan-kesan Banjir
2009
Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya
2010
Kesan-kesan Kegiatan Pembalakan Haram
2011
Faedah Memajukan Industri Pelancongan
2012
??????????

Saturday, September 22, 2012

GREEN SOLDIER...!


FARISIAN CEMERLANG
Berita Harian 20 September 2012, melalui ruangan Personaliti Varsiti terpampang wajah Farisian yang segak bergaya menyarung uniform seorang perajurit tanah air. Dengan tajuk 'Wan Hidayat, askar alam sekitar' mendorong cikgu untuk memperkatakan bekas Farisian ini secara lebih mendalam. Wan Nurhidayat Wan Mohamad merupakan Farisian 2004-2008. Merupakan seorang pelajar aktif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan seorang ahli Badan Kepimpinan Pelajar, atlet pelari jarak jauh yang pernah mewakili negeri dalam pelbagai kejohanan dan seorang anggota Kadet Bersatu Malaysia. Kini beliau sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan).
Pencapaian:-
  • Duta Alam Sekitar Bayer 2012 dan mewakili negara ke Jerman.
  • Presiden Green Soldier, UPNM.
  • Timbalan Ketua Delegasi Malaysia ke Simposium Kepimpinan Mahasiswa Dunia di Bali, 2012.
  • Ketua Fasilitator UPNM.
  • Mewakili UPNM ke pertandingan Debat Keamanan Asean, Debat Alam Sekitar, Debat Diraja, Debat Integriti IIM dan Debat Terbuka Astar.
  • Johan Pertandingan Pengucapan Awam Speaking Corner anjuran NSTP-Taha 2011.
  • Mewakili Kelab Sukan Lasak peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Kenyir International Triathlon 2010, Desaru International Triathlon 2011, Port Dickson International Triathlon, Suunto Orienteering dan Malaysian University Triathlon Series.
Beliau merupakan pelopor penubuhan kelab Green Soldier, iaitu sebuah kelab yang berorientasikan penjagaan alam sekitar di universitinya.
Tahniah, Hidayat....!

Friday, September 21, 2012

TAHLIL BUAT ISTERI PENGARAH...!

 
PENGARAH SBP LAWAT FARIS PETRA
Faris Petra 20 APRIL - Yang Amat Berusaha Tuan Hj. Rosland bin Hussien, Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah mengadakan kunjungan lawatan ke bumi hijau Faris Petra. Bersempena lawatan tersebut, telah diadakan majlis sembahyang hajat, bacaan Yassin dan tahlil arwah atas kematian isteri tersayang beliau ketika membuat umrah tidak beberapa hari yang lalu.
Dalam majlis yang diadakan selepas solat jemaah Maghrib itu semua warga Farisian, sama ada guru-guru, warden, kakitangan bukan guru, PIBG dan pelajar-pelajar terlibat.






Thursday, September 20, 2012

KENANGAN DENGAN BINTANG HOKI NEGARA...!


Berdiri 3 dari kiri ialah Muhd Amin Rahim (pemain hoki negara), berbaju 'T' no.38 ialah Faisal Saari (penyerang muda Malaysia), kanan sekali ialah jurulatih Malaysia dan TNB iaitu Nor Saiful Zaini....

Gambar kenangan ketika Majlis Makan Malam Alumni Hoki Faris di Restoran Perantau Hill, Putrajaya.

LENSA KONSULTASI PMR 2012...!

DEWAN MAHADZIR HASHIM
JAM: 1030 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH: 20 SEPTEMBER 2012
 Kaunter Pendaftaran
 Bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim
 Para pelajar serta ibu bapa mendengar amanat...
 Tuan Pengetua sedang berucap
 Khusyuk hingga tertidur....
 Perbincangan guru-ibu bapa-pelajar..
 Lagi perbincangan tentang akademik pelajar..
 Jangan risau sangat.... gerenti 8A...
 Makan tengah hari disediakan...
Pilihlah yang mana satu.... semuanya halal...!

MAJLIS KONSULTASI PMR 2012...!


Majlis perjumpaan antara pelajar calon PMR 2012, ibu bapa dengan guru akan diadakan sepertimana berikut:-
  • Tarikh: 20 September 2012
  • Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang
  • Tempat: Dewan Mahadzir Hashim

Wednesday, September 19, 2012

RAYA DI NY...!


Mano anok cikgu? Haa...  baju kurong hok bungo2 merah....!

Pelajar Malaysia yang menuntut di Rochester Institute of Technology, NY 2012...


Anak cikgu merupakan Farisian 2003/2007


PERFECT SCORE SPM TERAS...!

KEM AKADEMIK 'PERFECT SCORE' KECEMERLANGAN SPM 2012
MATA PELAJARAN TERAS 

TARIKH: 20 -22 SEPTEMBER 2012
TEMPAT: AURA TRAINING CENTRE, TOK BALI, PASIR PUTEH, KELANTAN.

Monday, September 17, 2012

FPHC, DULU, KINI.. SELAMANYA...!

Hampir seminggu tak update blog Faris-Petra.Com. Rasa bersalah membuak-buak di dalam kepala. Apakah jadah semua ini? Biasanya setiap hari cikgu akan menghadap skrin komputer, setia memasukkan segala perkembangan berita terbaru tentang Faris. Ini dah tak boleh jadi.....

SEBENAR-BENARNYA kepenatan dan kesuntukan masa yang menjadi tembok penghalang buat cikgu minggu ini sehinggakan semua agenda hidup cikgu minggu ini lintang-pukang jadinya...

APA-APAPUN cikgu secara peribadi berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Presiden Faris Petra Hockey Club dan Jawatankuasanya yang telah berjaya menganjurkan satu program besar, hebat dan penuh bermakna buat warga pemain hoki Faris kini, dulu dan selamanya.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 - 15 September 2012 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berjaya menghimpunkan generasi pemain hoki Faris Petra seawal 1987 hingga kini dan telah sama-sama turut serta dalam pelbagai program yang dirancang, antaranya:-
  • Menyaksikan Perlawanan Hoki Liga Nasional antara TNB dengan KLHC
  • Mengadakan Klinik Hoki kelolaan TNB dan SK Jalan 3
  • Mengadakan perlawanan persahabatan antara team sekolah dengan alumni hoki Faris Petra
  • Majlis Makan Malam Hoki Faris Petra, dulu, kini dan selamanya di Restoran Perantau Hill
Setelah hampir 20 tahun bergelumang dengan sukan hoki di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, inilah julung-julung kalinya program seperti ini diadakan. Peluang bersua muka dengan bekas-bekas pelajar dan juga pemain hoki Faris Petra menimbulkan pelbagai nostalgia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Rasanya masa begitu cepat berlalu, bekas anak-anak murid cikgu yang pernah dibimbing kini telah menjadi manusia yang hebat dalam pelbagai bidang. Tahniah, kamu semua kebanggaan cikgu.
Cikgu, Cikgu Muhammad Noor dan bekas-bekas bintang hoki Faris Petra
Pemain hoki Faris Petra sedang dibimbing oleh abang Muhd Amin Rahim, bekas pemain Malaysia dan kini merupakan pemain TNB ketika Klinik Hoki...
Pemain hoki perempuan Faris Petra bersama-sama dengan pemain SSP sebelum perlawanan persahabatan..
Warga hoki Faris Petra dulu, kini dan selamanya....
Hadiah simbolik daripada bekas star Faris Petra, saudara Mohd Pauzi Mat Isa...
Bersama star-star Faris Petra yang pernah mewakili negara...
Dari kiri saudara Azrul, Adnan Meli, Hasmadi Ismail dan Mohd Salmi...
Cikgu Muhammad Noor pun turut hadir di stadium...
Aksi perlawanan persahabatan antara junior dengan ex-juniors Faris Petra...
Skil tetap ada...
Siap jadi pengadil lagi...
Sedang mengungkit sejarah lama....
Kenangan bersama dengan Nor Saiful Zaini, dan wakil alumni...




SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM