FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, June 30, 2012

FUTSAL INTER - BATCH 2012 FARIS...!


Karnival Futsal anjuran Alumni Faris Petra akan berlangsung pada 1 Julai 2012, bertempat di Sports Planet, Kota Damansara. Karnival futsal pada kali ini menemukan pasukan-pasukan yang didaftarkan mengikut batch masing-masing.
Selamat berfutsal dan jangan lupa 'Faris Petra'.

Thursday, June 28, 2012

MAKAN MALAM TAJAAN BEKAS PELAJAR...!


MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN BEKAS PELAJAR SPM 1989
[MERAIKAN GURU-GURU FARIS PETRA]
  • Tempat: Hotel Reinassance
  • Tarikh: 8 Julai 2012
  • Masa: 8.00 malam

JATI DIRI F1...!

KEM JATI DIRI TINGKATAN 1 2012
  • Tempat: Aura Training Centre, Bachok.
  • Tarikh: 2 - 4 Julai 2012

CERAMAH MODAL INSAN...!

UNDANGAN PROGRAM CERAMAH
  • BICARA AGAMA: PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERKUALITI
  • TARIKH: 1 JULAI 2012
  • MASA: 7.30 - 9.00 PAGI
  • TEMPAT: DEWAN GEMILANG FARIS PETRA
  • PENCERAMAH: 
                     MEJAR WAN MADZLAN B. WAN ABDULLAH,
                     PEGAWAI STAF AGAMA,
                     INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT,
                     KEM SIRUSA, PORT DICKSON.

Wednesday, June 27, 2012

PROGRAM F4...!

PERFECT SCORE FORM 4 2012

  • Tarikh: 29 - 30 Jun 2012
  • Tempat: Dewan Gemilang Faris Petra
  • Subjek: Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan.

FARIS PETRA JUARA FORUM NEGERI....!

JOHAN FORUM REMAJA PERINGKAT NEGERI MILIK FARIS
Pasukan Forum Remaja Faris Petra yang mewakili PPD Kota Bharu muncul juara negeri setelah menewaskan wakil-wakil 10 buah PPD lain dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung di SMKA Tok Bachok, pada pagi Selasa 26 Jun 2012. Dengan mengetengahkan topik "Sistem Pendidikan Negara Berjaya Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama", pasukan Forum Remaja Faris Petra yang dibarisi oleh Siti Natasha bt. Mohd Firdaus (Pengerusi), Mohd Farid b. Abd Manaf (Panel 1), Zarith Nellisa bt. Zulkifli (Panel 2), Alwilis Alip (Panel 3) serta Siti Nur Halimah bt. Razali (simpanan) telah menewaskan pesaing-pesaing lain yang tidak kurang hebatnya. Kedudukan lengkap pertandingan:-
  • Johan    : SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu.
  • N/Johan: SMK Dato' Biji Wangsa, Tumpat.
  • Ketiga   : SMK Dato' Perdana, Bachok.
  • Mohd Farid b. Abd Manaf (Faris Petra) dinobatkan sebagai ahli panel terbaik.

PELAJAR FARIS WAKILI MALAYSIA....!


10 orang peserta peringkat akhir bersama dengan Guru Penasihat Kelab Neurosains.....

Saudara Ammar dipakaikan 'labcoat' oleh Prof. Dr. Jafri Malin
Seorang pelajar Kelab Neurosains SMS Tengku Muhammad Faris Petra telah terpilih mewakili negara ke pertandingan "International Brain Bee Competetion" pada 21 Julai 2012 di Cape Town, Afrika selatan. Beliau ialah saudara Ammar bin Ahmad Mokhtar (5 Beta)  yang muncul sebagai juara selepas bersaing sengit dengan sembilan orang lagi peserta di peringkat akhir yang telah diadakan di Makmal Pelbagai Guna USM, Kubang Kerian.

Monday, June 25, 2012

IN-HOUSE TRAINING....!


LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)
  • Tarikh: 26 Jun 2012
  • Hari: Selasa
  • Masa: 2.00 petang
  • Tempat: Makmal Komputer Baharu

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM