FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, September 30, 2011

FARIS PETRA SEKAT PENANG FREE SCHOOL...!

Pemain bergambar sebelum perlawanan
FARIS PETRA SERI 1 - 1 DENGAN PENANG FREE SCHOOL
Perlawanan hoki persahabatan berikutan kunjungan lawatan Penang Free School pada petang Jumaat 30 September 2011 berkesudahan seri 1 - 1. Perlawanan yang hanya bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di samping bertukar pengalaman dan kemahiran itu mencapai matlamat dan sangat baik untuk diteruskan pada masa-masa akan datang.
Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pada awal-awal minit selepas masa kedua bermula. Selepas itu permainan semakin rancak dan Faris Petra berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45. Kedua-dua gol merupakan gol padang. Walaupun kedua-dua buah pasukan saling menyerang selepas jaringan gol penyamaan itu, namun gagal menemukan penyudahnya.
Pasukan pelawat menginap di asrama Faris Petra sebelum bertolak pulang pada keesokan harinya. Perlawanan ini juga disaksikan oleh Tuan Hj. Shaffie Awang, Pengetua SMS Tengku Muhammad Faris Petra.

FINAL SBP ZON TIMUR 2011...!








Team Faris berjersi hitam... all black!
Detik-detik Faris Petra menjuarai Zon Timur...!

BUKAN PUJI DIRI...!


Bukti pun ada...!

Thursday, September 29, 2011

RENUNGAN UNTUK PEROKOK....!


  • JUMLAH PEROKOK DI MALAYSIA (2006) = 3 JUTA ORANG
  • JUMLAH PEROKOK DI MALAYSIA (2010) = 3.12 JUTA ORANG
  • PURATA PENINGKATAN SETAHUN: 30,000 ORANG 
  • PURATA JUMLAH ROKOK DIHISAP SEHARI: 14 BATANG
  • HARGA SEBUNGKUS ROKOK 14 BATANG: RM6.90
  • 3.12 JUTA PEROKOK DI MALAYSIA MEMBELANJAKAN RM21.5 JUTA SEHARI
Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/9/2011

LENSA PERKHEMAHAN AGUNG PERDANA 2011...!

22 - 24 SEPTEMBER 2011


ANUGERAH CEMERLANG YANG GEMILANG...!

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DI FARIS PETRA...!
Majlis Anugerah Cemerlang ke-36 dan Mesyuarat Agung PIBG ke-35 yang berlangsung dengan penuh gemilang pada pagi tadi telah dirasmikan oleh YB. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu dimulakan dengan acara perakan masuk VIP dan Dif-dif kehormat yang diketuai oleh pasukan muzik tradisional dan diceriakan lagi dengan iringan gadis-gadis pembawa bunga manggar. Ketika melangkah ke dalam Dewan Gemilang, VIP dan rombongan diiringi dengan irama muzik gamelan sebelum pasukan pancaragam sekolah mengambil giliran mempersembahkan Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah Di Sini Kuberbakti.
Biarkan foto menceritakan segalanya...!
Sebagai Setiausaha Majlis Anugerah Cemerlang 2011, cikgu ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis kita ini. Kepada semua pelajar, tahniah dan terima kasih.

Wednesday, September 28, 2011

IKLAN AKHIRAT...!


Farisian,
Dalam siap siaga melakar dunia,
Mengumpul kudrat tabah mengejar mimpi,
INGAT.... di sana juga perlu ada waktu...
Dunia, akhirat..... sama dicari..
........ Insya-Allah.

TOKOH FARIS PETRA...!


Yasmin Mahmood
Faris Petra
Anak Kelantan yang berasal dari bumi Pasir Mas.
Bekas General Manager Dell Malaysia
Bekas Managing Director Hewlet Packet Malaysia
Kini..General Manager Microsoft Malaysia

KLATE VS GANU DI SUKU AKHIR...!


KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2011:-
  • KELANTAN VS FELDA UNITED: 2 - 0
  • SELANGOR VS KUALA LUMPUR: 2 - 1
  • JOHOR VS SABAH: 1 - 4
  • TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN: 0 - 0
  • SIME DARBY VS PKNS: 0 - 1
  • JOHOR FC VS SARAWAK: 3 - 1
  • PDRM VS T-TEAM: 0 - 6
JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR:-
  • KELANTAN VS TERENGGANU
  • SELANGOR VS PERAK
  • SABAH VS T-TEAM
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED

Tuesday, September 27, 2011

HARI BAHAGIA...!




Pokok 'berhantu'.... di situ tercatat namamu...!




Nik Nur Adilin Nik Anwar
Faris Petra: 2002 - 2006
Universiti Kebangsaan Malaysia: 2011 - Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)
Tarikh Konvo: 26 September 2011
..... Tahniah!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM