FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, July 31, 2011

FIVERS 2003...!


Besar-besar doh ke..? Dok mano lo ni..?

MEMORI 2003...!


5 Beta (2003)

Memori di dalam bas Faris....! Pakcik Medan dok mano?

Manisnya bergambar dengan batik rasmi lama...!

UNDANGAN PERKAHWINAN...!


Yuni Mohd
Faris Petra: 1999 - 2003
Perkhabaran Perkahwinan
Kepada semua yang mengenali saya dan pasangan :


1) sk tanah merah 1 ( 93 - 98 )
2) smstmfp ( 99 - 03 )
3) kmk ( 04 - 05 )
4) upsi ( 05 - 09 )
5) smkdas 
6) smkpp, tawau

Anda semua dijemput hadir ke majlis kami pada ketetapan tersebut, 03 september 2011 dan 05 September 2011...



LOT PT 1998
JALAN BANGGOL PISANG MENGGALA
TANAH MERAH, KELANTAN

SALAM RAMADAN CIKGU...!

Selamat menyambut Ramadan kepada warga Farisian sekalian semoga kunjungan bulan yang mulia kali ini berjaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah yang satu.

Kesempatan ini juga cikgu ingin memohon ribuan keampunan daripada Farisian sekalian terutamanya yang pernah menjadi anak didik cikgu walaupun sedetik cuma. Maaf dipohon kerana mungkin terkasar bahasa, tersilap kata dan terumpat sana-sini ketika kita bersama-sama dulu. Halalkan jika termakan, terminum, terambil duit, terlupa bayar dan seumpamanya. Sememangnya kita makhluk lemah, yang tak pernah sunyi daripada melakukan dosa dan kesilapan.

Buat cikgu, telah lama cikgu maafkan sebarang kesilapan yang pernah kalian lakukan. Moga kita semua diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADAN FARISIAN...!


Kiriman Hazwani Hanipa (Batch 2005-2009) khusus untuk warga Farisian.

Terima kasih atas ingatan Hazwani dan sebagai guru Bahasa Melayu anda dan selamanya, he,,,he..he, cikgu nak betulkan kesalahan ejaan yang terkandung dalam kad ucapan di atas, antaranya:-
  • Ramadhan sepatutnya Ramadan
  • ibadah sepatutnya ibadat
  • tawakkal sepatutnya tawakal
  • do'a sepatutnya doa
  • di mana sepatutnya yang
Ha...aaa, ... cikgu BM katakan...!!!!

5 TAHUN DI SINI...!








BELASUNGKAWA BUAT KJ...!

JAMUAN PERPISAHAN KJ DI HOTEL CROWN...!
 Bekas PK1 dan Dr. Jafri Malin turut merai...
 Ucapan terakhir....!
 Farisian meneliti bait demi bait ucapan...!
 Jika ada sumur di ladang....!

Mendengar amanat...!
Majlis Jamuan Perpisahan KJ telah diadakan pada malam 26 Julai 2011 di Hotel Crown, Kota Bharu. Antara inti sari ucapan terakhir bekas pengetua ialah:-
  • Setiap pegawai kerajaan mesti bersedia ditempatkan di mana-mana.
  • Perpindahan beliau ke SMK Long Ghafar merupakan penghijrahan untuk muhasabah diri.
  • Beliau amat sayang akan Faris Petra.
  • Harapan untuk melihat Faris Petra terus maju dalam setiap lapangan.
  • Memohon maaf kepada warga Farisian.
  • Beliau juga berharap warga Farisian membantu SMK Long Ghafar dalam akademik.
Daripada penulis:
"Penghijrahan merupakan satu perjuangan"

Friday, July 29, 2011

Thursday, July 28, 2011

SALAM DARIPADA PENGANTIN BARU...!

Assalamualaikum cikgu,

Cikgu apa khabar?
Saya ni Farisian batch 97-01. Saya tak tahula cikgu ingat saya lagi ke tak tapi cikgu pernah mengajar saya BM semasa tingkatan tiga kalau tak silap. Cikgu juga pernah menjadi guru pendidikan jasmani saya. Saya masih ingat lawak senaman ibu mengandung yang cikgu buat. hehe. Saya juga pernah terlibat dengan majalah SEMASA yang cikgu juga terlibat sama kan?Saya baru perasan cikgu ada letak gambar saya di laman blog faris petra. terima kasih cikgu.
Saya sekarang bekerja di salah sebuah hospital di Ireland. Insya-Allah 2- 3 tahun lagi saya akan pulang berkhidmat di Malaysia selepas mendapat kepakaran di sini. Doa doakan kejayaan saya ye cikgu. Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu...sesungguhnya tiada kenangan lebih manis daripada kenangan sepanjang di sekolah Faris selama 5 tahun.
Semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.


Assalamualaikum


Jawapan cikgu,

Waalaikum salam Fikri dan terima kasih atas ingatan dan kiriman khabar ini. Cikgu cukup berbangga atas kejayaan awak. Teruskan mencari ilmu dan jangan lupa jaga diri dan pulang berbakti untuk anak bangsa.

Sekian,

Foto pernikahan Fikri
Fikri Nasir kini bertugas di Our Lady of Lourdes Hospital, Ireland sebagai Pakar Bedah.

Wednesday, July 27, 2011

PROGRAM DENGAN UMT...!




KUNJUNGAN PENGETUA THAI...!

Pada 25 Jun 2011, Faris Petra menerima kunjungan seramai 70 orang pengetua kolej dan sekolah dari Yala, Selatan Thailand.Lawatan Penanda Aras ini menandakan pengiktirafan yang tinggi oleh pihak luar terhadap warga Farisian sekalian. Antara atur cara kunjungan tersebut ialah:-
  • Taklimat oleh Pengetua Faris Petra
  • Persembahan kesenian oleh pelajar Faris Petra
  • Lawatan sekitar Faris Petra
  • Jamuan makan tengah hari


    ALAHAI SUKARNYA NAK SEMAK SLIP GAJI...!

    Bermula Oktober tahun lepas lagi, kakitangan kerajaan boleh menyemak dan mencetak sendiri slip gaji mereka secara online. Hal ini demikian juga, setiap kakitangan kerajaan tidak akan diberikan penyata atau slip gaji seperti biasa. Tapi sejak akhir-akhir ini, kemudahan canggih ini semakin menyusahkan. Amat sukar sekali bagi kakitangan kerajaan untuk menyemak atau mencetak slip gaji mereka kerana masalah 'traffic jam' atau masalah talian internet yang ibarat 'kura-kura tua yang berjalan'..! 

    Untuk menyemak dan mencetak slip gaji, kakitangan kerajaan bolehlah mengunjungi alamat seperti tertera di bawah:-

    Cuma kena banyak bersaBAR.......!!!!!

    Tuesday, July 26, 2011

    DEWAN GEMILANG: DULU DAN KINI...!

    Dewan Besar Faris Petra telah merakam pelbagai peristiwa yang menjadi memori manis bagi setiap warga Farisian dari dulu hingga kini. Kini Dewan Besar dikenali dengan Dewan Gemilang yang mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan peredaran masa.
    Dewan Besar 1977 - 78
    [image0-1.jpg]
    [image0-3.jpg]
    Dewan Gemilang 2011


    LENSA PERFECT SCORE SPM 2011...!

    BUTIRAN:-


  •  Tarikh : 21 - 23 Julai 2011


  •  Lokasi: PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.



  • Tn. Hj. Ramli sedang memberikan tunjuk ajar....
    Bekas PK1 pun sedia berkongsi ilmu...!
     Latihan dalam kumpulan....!
     Cikgu Amy dengan kelas Fiziknya...!
     Sempat juga menjeling...!
     Tn. Hj. Ghazi di bengkel Biologinya...!
     Alahai.... Mek Nab, sempat juga ye...!
     Tekun menyiapkan tugasan....!
     Judin.... betul ke? Atau sekadar posing saja...!
     Cikgu Noterzam di kelas Matematik Tambahannya...!
    Azim, buat betul-betul.....!


    SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM