FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, April 30, 2011

SALAM DARI VICTORIA...!





Mimi Aziz
Faris Petra: 2003 - 2007
IPG KSAH: 2008
Victoria University of Wellington, New Zealand: 2011

FARIS PETRA BERPUTIH MATA...!

Para juri sedang menilai persembahan drama.....!

Pertandingan dwitahunan Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan di Faris Petra bukanlah lombong tuan rumah mendapatkan emas yang banyak. Setelah berhempas pulas membuat persiapan rapi sama ada sebagai sebuah pasukan drama dan sebagai tuan rumah, Faris Petra terpaksa akur dengan keputusan juri yang langsung tidak memihak kepada kita. Faris Petra berjaya memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah dengan cemerlang tetapi pasukan drama kita gagal meraih sebarang kemenangan walaupun telah mempamerkan persembahan yang hebat dan memukau...!
Tahniah kepada pelajar dan guru-guru yang telah berusaha gigih bagi menjayakan program yang berprestij itu. Cuba lagi pada masa akan datang.
Keputusan pertandingan:
  • Johan: Sekolah Sultan Alam Shah
  • Naib Johan: Sekolah Tun Fatimah
  • Ketiga: SMS Labuan 
Komen penulis: Pemilihan juri perlulah berhati-hati dan yang paling penting biarlah berpengetahuan tentang ilmu persembahan drama dan bukan hanya yang mahir bahasa Inggeris.

KLATE POTONG SELANGOR...!

Kelate.Net | Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 30/4/2011:-

  • KELANTAN VS KUALA LUMPUR: 2 - 0
  • T-TEAM VS PAHANG: 0 - 0
  • FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN: 2 - 2
  • PERLIS VS HARIMAU MUDA A: 1 - 3
  • JOHOR FC VS SABAH: 3 - 0
Jaringan ketua pasukan Mohd. Badri Radzi pada minit ke-24 dan S. Chanturu pada minit ke-79 memastikan skuad Datuk M. Karathu sama 33 mata dengan Selangor.
Namun, Kelantan yang turut memintas pasukan di tangga kedua Terengganu, memintas Selangor berdasarkan kelebihan jaringan.

SALAM DARI UMP 2...!




5 Delta (2006)

Fahmi Jasri
Faris Petra: 2002 - 2006
Kolej Matrikulasi Johor: 2007 - 2008
Universiti Malaysia Pahang: 2009 - Mechanical Engineering

SALAM DARI MIAT...!






Amir Faris
Faris Petra: 2005 - 2009
Kolej Matrikulasi Kuala Nerang: 2010
Malaysian Institute of Aviation Technology: 2011 - Bachelor of Aviation Management (Hons)

Friday, April 29, 2011

DRAMA B.INGGERIS DI FARIS PETRA...!

PERTANDINGAN DWITAHUNAN DRAMA BAHASA INGGERIS SBP
Hari ini 30 April jam 8.00 akan berlangsungnya pertandingan drama Bahasa Inggeris antara Sekolah Berasrama Penuh peringkat kebangsaan dan Faris Petra sebagai tuan rumah. Pertandingan drama dwitahunan ini akan berlangsung di dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa. Maklumat lengkap disertakan di bawah:-

MASA:    8.00 PAGI - 1.30 TENGAH HARI 
TEMPAT: BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN,
                 PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN.

SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN:-
  • SMS TAPAH - ZON UTARA
  • SEKOLAH TUN FATIMAH - ZON SELATAN
  • SMS DUNGUN - ZON TIMUR
  • SEKOLAH ALAM SHAH PUTRAJAYA - ZON TENGAH
  • SMS LABUAN - ZON SABAH/SARAWAK/LABUAN
  • SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - TUAN RUMAH

RENUNGAN 3...!

Thursday, April 28, 2011

SALAM DARI BIMB...!




Khalilah Mohamad
Faris Petra: 1996 - 2000
Universiti Teknologi Malaysia: ?
Universiti Kebangsaan Malaysia: ?
Komen Cikgu Muhammad Daud tentang Khalilah:-
"Nor Khalilah bt Mohamed merupakan pelajar saya yang paling cantik tulisannya dan tiada tolok bandingnya sehingga kini...Seorang lagi yang bertulisan cantik ialah Nor Mahizan Ahmad dari Kg Tok Motong, Jerteh (kini seorang doktor- tidak pasti tahun berapa tetapi satu kelas dengan Nor Syarahani Mat Jusoh-) tetapi tidak pasti bertugas di mana sekarang."

Wednesday, April 27, 2011

AKSI CIKGU DI MAJLIS GRADUASI 2011...!


Bergambar bersama-sama  Pengarah SBP dan Kluster....!

Cikgu Fauziah, Pn. Hjh Aminah, Pn. Hjh Wan Faizah, Pn. Tik, Mama Chan dan Pn. Hjh Jizah...!

Cikgu Saidi, Mr. Dol (bekas PKHem) dan Cikgu Ramli....!

Cikgu Mat Tajab, En. Mat Kamil dan penulis (cikgu Azemi).....!

En. Hasnan, KJ dan Pn. Ashah....!

Cik Hjh Paridah, Pn Hjh Aminah, Ustaz Sabri dan En. Arif...!

Hjh Zahariah, Cik Fauziah, Ustazah Suria dan Ustazah Nor Aziah....!

Hj. Zaidi dan Hj. Rasdi...!

Ust. Tar (PK1), Ust. Ibrahim...!

Hj. Rasdi dan Pn. Diani...!

LENSA GRADUASI 2011 (2)....!








DYMM Al-Sultan mencemarkan duli ke Majlis Graduasi 2011...!

KURSUS KAUNSELOR OLEH UMK...!

Kursus untuk guru-guru kaunselor peringkat negeri Kelantan anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diadakan di Dewan Gemilang Faris Petra pada 27 - 28 April 2011. Kursus selama dua hari ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran para kaunselor ketika berhadapan dengan pelajar di sekolah-sekolah.

MESSI LUAR BIASA...!

Masih pening-pening lalat kerana menonton perlawanan antara Real Madrid dengan Barcelona. Pasukan pilihan telah menang 2 - 0. Dendam Barcelona telah terbalas setakat ini. Messi berjaya membuktikan bahawa dia pemain terbaik dunia setelah berjaya menjaringkan kedua-dua gol yang luar biasa dan fantastik. Mungkinkah Barcelona akan melangkah ke final Piala Liga Juara-Juara Eropah edisi ini...?

Sebenarnya petang tadi cikgu ke Rantau Panjang untuk membeli 2 set jersi pasukan hoki untuk digunakan dalam kejohanan hoki peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu nanti. Yang peliknya, cikgu juga terbeli sehelai jersi Barcelona untuk diri sendiri. Mungkinkah ini petanda awal, Barcelona akan menjadi juara tahun ini...? 
  • REAL MADRID VS BARCELONA: 0 - 2

Tuesday, April 26, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU...!




Nazri Ismail
Faris Petra: 1997 - 2001 (5 Delta)
Jurutera Petronas

  • Majlis kesyukuran sempena perkahwinan Nazri Ismail dengan pasangannya Syahidah Muhammad Nor.
  • Di alamat:-
  • 2044, Kg Tasek Pauh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
  • Pada 4 Jun 2011, jam 11.00 pagi - 6.00 petang

PUISI KEMAAFAN...!

ALUMNI FARIS PETRA...!


Semasa berkampung di Faris Petra kerana jamuan Aidilfitri 2010...!

AJARAN SESAT...!

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN
SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH
TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah
mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan
dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli
ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun
2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan
bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan
kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa
JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak
munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian
telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberikan ulasan
yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi
wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa
haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan
menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,
apalagi satu kampung..........!!!

hehehehehe... jangan marah ah... nanti kena jual (",)


Blogger: No komen..!

KLATE ATASI SELANGOR...!


KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 26/4/2011:-

  • KELANTAN VS SELANGOR: 1 - 0
  • HARIMAU MUDA A VS NEGERI SEMBILAN: 1 - 1
  • T-TEAM VS KEDAH: 3 - 1
  • FELDA UNITED VS JOHOR FC: 0 - 0
  • PERAK VS KUALA LUMPUR: 5 - 3
  • SABAH VS TERENGGANU: 1 - 2
  • PERLIS VS PAHANG: 1 - 2

Monday, April 25, 2011

RIADAH ALA RIT...!






Anis....! Pas tu ngadu sakit urat....!!!
Mungkin nak lepaskan tension kerana study dan ingatkan kampung.....?

Apa khabar orang New York...?

SALAM DARI TENAGA NASIONAL...!

Farid Ruslin
Penjaga gol hoki Faris...!





Farid Ruslin
Faris Petra: 2004 - 2008 (5 Gamma)
Universiti Tenaga Nasional: 2009 - Engineering

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM